Gambar hiasan

NEW YORK – Harga minyak melonjak lebih 5% dalam dagangan hari ini selepas Presiden Donald Trump meninggalkan hospital yang merawatnya selepas didapati positif Covid-19.

Brent meningkat AS$2.02 atau 5.1% kepada AS$41.29 setong.

Manakala West Texas Intermediate naik AS$2.17 atau 5.9% kepada AS$39.22 setong.

Ramai orang berpendapat penjualan minggu lalu sudah berlebihan. Banyak andaian,” kata Phil Flynn, Penganalisis Kanan di Price Futures Group di Chicago.

Pada hari Jumaat, harga merosot lebih dari 4% selepas Trump diuji positif koronavirus.

Pada hari Isnin, Trump memaklumkan beliau akan meninggalkan hospital tentera, tempat dia dirawat, sambil menambah beliau “sangat baik.”

Gelombang jangkitan koronavirus melanda Rumah Putihnya menjelang empat minggu sebelum pilihan raya AS. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast