Hun Sen. foto Agensi

PHNOM PENH – Perdana Menteri Kemboja, Samdech Techo Hun Sen berkata, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam dan angkatan bersenjata untuk tahun depan akibat kesan Covid-19.

“Disebabkan ketidaktentuan ekonomi, tidak akan ada kenaikan gaji pada tahun 2021 untuk penjawat awam dan angkatan bersenjata,” katanya semasa upacara perasmian taman hiburan di wilayah Kandal.

Namun, mereka masih akan menerima elaun untuk Tahun Baru Khmer dan Festival Pchum Ben, katanya.

Hun Sen memaklumkan ekonomi dijangka menyusut 1.9 peratus disebabkan pandemik iti sebelum kembali pilih 3.5% pada tahun depan, selari dengan pemulihan ekonomi global dan permintaan luar secara bertahap.

Kemboja telah mencatatkan sebanyak 280 kes Covid-19 yang disahkan setakat ini, kata Kementerian Kesihatan pada hari Rabu, sambil menambah tiada kematian direkodkan.

Daripada jumlah itu, 276 orang telah pulih. – MalaysiaGazette