Seorang doktor merawat pesakit Covid-19 di sebuah hospital di Rio De Janeiro. foto Reuters

BRASILIA – Brazil hampir merekodkan 5 juta kes jangkitan Covid-19 dan 150,000 kes kematian – angka kematian kedua tertinggi di dunia selepas Amerika Syarikat.

Meskipun begitu, kes jangkitan tersebut menurun berbanding semasa kemuncak pada bulan Julai lalu.

Namun, pakar-pakar kesihatan memberi amaran tindakan negara yang tidal melaksanakan penjarakan sosial dan memakai pelitup muka boleh mendorong berlakunya gelombang kedua.

Kementerian Kesihatan melaporkan sebanyak 41,906 kes baharu pada hari Selasa, naik kepada 4,969,141 kes dan 819 kematian.

Angka kematian pula 147,494.

Purata kematian pada minggu lalu ialah 658 sehari, susut berbanding 1,073 setiap hari pada minggu akhir bulan Julai lalu.

Purata kes-kes baharu adalah 26,140 sehari, hampir separuh daripada kadar pada akhir Julai.

Ahli epidemiologi Universiti Persekutuan Rio de Janeiro, Roberto Medronho memberi amaran bahawa jumlah jangkitan koronavirus mungkin jauh lebih tinggi sekiranya ujian Covid-19 diadakan lebih meluas.

“Tidak lama lagi kita akan mencapai 150,000 kematian, jumlah ini menakutkan tetapi pihak berkuasa masih melonggarkan penjarakan sosial walaupun kes meningkat,” katanya. – MalaysiaGazette