Foto Instagram Natasha Hudson.

KUALA LUMPUR – Pelakon Natasha Hudson memberi bayangan seolah-olah bakal menamatkan zaman solonya esok, biarpun telah empat kali berdepan kegagalan dalam rumah tangga sebelum ini.

Menerusi Instagram miliknya, Natasha berkata, terdapat perkara baik yang bakal berlaku esok.

Dalam hantaran tersebut, Natasha turut berkongsikan tarikh 14 Oktober 2020 serta memuat naik separuh foto pasangan lelaki dan perempuan yang menampakkan sebentuk cincin.

“Apa yang akan datang lebih baik daripada yang ada di sini sekarang. Hargai apa yang anda miliki, jadi seorang yang jujur, setia, penyayang dan ia akan kekal.
Foto Instagram Natasha Hudson.
Sepanjang perkahwinan, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata perempuan iaitu Naeema Kalila dan Faatimah.

Pada Oktober 2018, Natasha mengakui telah bercerai dengan bekas suaminya, Carleed Khaza yang dinikahi pada April 2012 buat kali ketiga.

Menerusi perkahwinan keempat Natasha mendedahkan dia sudah bercerai dengan Noor Nashriq Sekarnor tahun lalu. – MalaysiaGazette