Sebutan semula kes cabul melibatkan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim yang ditetapkan hari ini ditunda ke 25 Feb depan berikutan masalah kesihatan dan beliau dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) semalam.
Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Badan Perhubungan UMNO Perlis mahu Muafakat Nasional (MN) yang dimeterai antara parti itu dengan Pas setahun lalu, didaftarkan secepat mungkin.

Pengerusinya, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, MN perlu diperkasakan supaya lebih kukuh dan mantap.

Beliau turut menyatakan, ‘No Anwar, No DAP’ berhubung ura-ura Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapat sokongan UMNO untuk membentuk kerajaan baharu menggantikan Perikatan Nasional (PN).

“No Anwar, No DAP. UMNO Perlis menyokong kepimpinan (Tan Sri) Muhyiddin (Yassin) sebagai Perdana Menteri,” kataya menerusi hantaran Facebook beliau, semalam.

Sementara itu, Shahidan berkata, dalam mesyuarat 15 Oktober lalu, UMNO negeri membuat ketetapan menyokong penuh usaha kerajaan PN menangani pandemik Covid-19.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Arau menyatakan, mesyuarat itu juga membuat ketetapan meminta Muhyiddin melanjutkan tempoh moratorium sehingga akhir tahun ini.

“Selepas UMNO Bahagian Arau bermesyuarat 14 Oktober, keesokan hari Perhubungan UMNO negeri pula bermesyuarat dan membuat beberapa ketetapan seperti dua perkara itu.

“Selain itu, kita juga meminta kerajaan PN memastikan bantuan makanan tiba pada waktunya bagi kawasan yang terlibat dengan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya menerusi hantaran Facebooknya, semalam.

Kata beliau, UMNO Perlis juga komited agar tidak berlaku pemberhentian kerja sepanjang pandemik Covid-19.

Di samping itu, beliau menggesa kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada anak muda, selain membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan tegas.

“Ini kerana kehadiran Pati banyak menjejaskan peluang kehidupan rakyat tempatan,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Di samping itu, beliau menggesa kerajaan mewujudkan peluang pekerjaan terutama kepada anak muda, selain membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) dengan tegas.

    “Ini kerana kehadiran Pati banyak menjejaskan peluang kehidupan rakyat tempatan,” katanya. – kami anak muda sokong 100% yg berkaitan utk benteras pendatang asing tanpa izin, habis- habisan…kawasan welfe sg buloh sudah jadi dakha bangla, kedai2, pasar2, smua nya di monopoli olh puak2 bangla, di mana IM, polis, pihak bwajid krjaan? Pls lh tolong degar hati org muda, jgn smpai pru 15 nnti sekali lg org muda tolak krjaan, pluang pkerjaan ank muda sudah tiada, di ambil alih alih olh bangla2, warga asing..kedai runcit pun gaji warga asing , apa cita ni…pls ya pihak bkuasa, jgn mkn duit haram..ingat dosa pahala, dunia ni dah tak lama dah..tolong buat kebaikan utk bekal akhirat..tak nk masuk syurga ke?? Sedar sikit duit haram tak ke mana pun klu mkn, jadi tahi je…bg mkn anak bini, lpas tu perangai mcn syaitan ..naumzubillah.

Comments are closed.