TERKINI : Lebih 1,000 Pelajar Positif Covid-19 pada Gelombang ke-3 – Dr Noor Hisham

Sejak gelombang ketiga Covid-19 melanda negara bulan lalu, lebih 1,000 kes positif membabitkan pelajar direkodkan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya untuk kumpulan pelajar berusia tujuh hingga 12 tahun sebanyak 587 kes dikesan setakat ini, manakala yang berusia 13 hingga 18 tahun, 670 kes direkodkan.