KUALA LUMPUR – Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) memberi jaminan bantuan bersasar akan terus disediakan untuk pelanggan yang menghadapi masalah kewangan kerana wabak Covid-19.

Ketua Pegawai Eksekutif Bank Muamalat, Khairul Kamarudin berkata, bank itu akan terus memberikan kelonggaran dan melanjutkan bantuan sementara kepada pelanggan yang menghadapi kesukaran untuk melakukan bayaran pembiayaan akibat sekatan pergerakan yang berterusan dan ketidakpastian semasa.

Setakat 21 Oktober 2020, sebanyak 83% permohonan bantuan pembayaran dari pelanggan individu dan 100% permohonan bantuan pembayaran dari pelanggan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) telah diluluskan,” kata Khairul.

Pelanggan yang sebelum ini menolak bantuan pembayaran tetapi memerlukannya sekarang akibat kehilangan dan pengurangan pendapatan susulan perintah kawalan pergerakan digalakkan untuk memohon bantuan tersebut.

Katanya, bantuan yang ditawarkan meliputi penstrukturan dan penjadualan bayaran. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast