Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin hadir pada Mesyuarat Barisan Nasional di Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK, 26 OKTOBER 2020

KUALA LUMPUR – Selepas menyertai mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya, ahli-ahli Parlimen Barisan Nasional bersatus menteri bergegas pula ke Pusat Dagangan Dunia Putra di sini bagi untuk mesyuarat khas Barisan Nasional. 

Turut kelihatan tiba di Menara Datuk Onn sebentar tadi Pengerusi Lembaga Penasihat Datuk Seri Najib Razak merangkap Ahli Parlimen Pekan dan Pengerusi parti itu Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Selain itu Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaliegh Hamzah, Tan Sri Abdul Azeez (Baling), Tan Sri Noh Omar ( Tanjong Karang), Datuk Zahidi Zainol Abidin (Padang Besar) dan Datuk Dr Noraini Ahmad (Parit Sulong) juga muncul di PWTC.

Terdahulu lebih, kurang 50 orang pengamal media telah mula berkumpul di sejak 11:30 pagi tadi.

Antara agenda yang dipercayai akan dibincangkan adalah mengenai kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai perdana menteri selepas beliau dikatakan hilang kepercayaan apabila cadangan mengisytiharkan darurat ditolak oleh Istana.

Jam 11 pagi tadi Muhyiddin mempengerusikan mesyuarat  Khas Kabinet di bangunan Perdana Putra.

Mesyuarat khas berkenaan dipercayai membincangkan titah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam.

Dalam titahnya, baginda menolak cadangan Jemaah Menteri diketuai oleh Muhyiddin supaya darurat diisytiharkan di negara ini bagi membolehkan usaha memerangi pandemik Covid-19 dilaksanakan secara bersepadu.

YDPA turut mengingatkan agar politiking yang boleh menjejaskan kestabilan negara dihentikan.

Selain itu baginda turut menyebut tentang kepentingan Belanjawan Negara 2021 yang bakal digunakan oleh barisan hadapan menangani pandemik Covid-19. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Assalamualaikum Kami rakyat tak nak apa pun cukuplah kesetabilan politik kerja mudah ekonomi baik ,rakyat tengah susah ahli politik gila kuasa nak jadi PM,kena ingat rakyat yg memilih ahli politik

Comments are closed.