Pasukan Thorium dianggotai oleh pelajar UNITEN iaitu Izmir Yamin sebagai ketua kumpulan, Afiq Mohd Rashdi, Zhafran Aiman Zulkarnain dan Solahuddeen Hibatur Rahman.

KUALA LUMPUR – Pasukan Thorium daripada Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) telah menjuarai Pertandingan Kebangsaan Rekabentuk dan Pembangunan Model Nano Satelit Peringkat Siswazah (Siswasat 2020) di Putrajaya baru-baru ini.

Pertandingan itu dianjurkan oleh Agensi Angkasa Negara (MySA) sempena Minggu Sains Negara.

Pertandingan yang sama menawarkan platform, peluang dan pendedahan kepada pelajar khusus untuk menjalani program pembangunan nano satelit secara praktikal dengan kos yang berpatutan.

Pasukan Thorium di bawah seliaan Dr. Jehana Ermy Jamaluddin yang telah dinobatkan sebagai juara dalam kategori Rekabentuk Misi Terbaik dan turut meraih kemenangan dalam Persembahan Laporan Terbaik.

Dr. Jehana Ermy Jamaluddin.

Pasukan Thorium telah mara ke pusingan terakhir bersaing bersama 22 pasukan lain daripada institusi pengajian tinggi
dan sekolah menengah seluruh negara.

Format Pertandingan Siswasat 2020 ialah merangkumi empat peringkat iaitu bermula kertas cadangan misi (Mission Proposal),
laporan reka bentuk awal (Preliminary Design Report), laporan reka bentuk kritikal (Critical Design Report) serta demonstrasi misi dan pembentangan terakhir.

Pasukan Thorium dianggotai oleh pelajar UNITEN iaitu Izmir Yamin sebagai ketua kumpulan, Afiq Mohd Rashdi, Zhafran Aiman Zulkarnain dan Solahuddeen Hibatur Rahman.- MalaysiaGazette