Mior Faridalathrash Wahid Padang Ipoh nasi ganja order helicopter
Mior Faridalathrash Wahid

KUALA LUMPUR – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek, Ronnie Liu Thian Khiew dibebaskan pada pagi tadi selepas polis selesai mengambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Pemimpin DAP itu hadir ke IPD Petaling Jaya untuk memberi keterangan kepada polis berhubung siasatan mengenai hantaran dalam laman media sosial yang mempunyai kecenderungan menghasut Yang di-Pertuan Agong (YDPA) pada 21 Oktober lalu.

Timbalan Pengarah Siasatan dan Perundangan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid berkata kepada MalaysiaGazette: “Ya, dia dibebaskan dengan jaminan polis (selepas selesai diambil keterangan pagi tadi,”.

Ronnie Liu yang diiringi peguamnya, Jadavish Chandra tiba di IPD Petaling Jaya pada jam 10.40 pagi.

Semalam, polis melakukan siasatan terhadap empat pemilik akaun Twitter dan Facebook kerana mengeluarkan kenyataan berkaitan YDPA yang mempunyai kecenderungan menghasut.

Pengarah JSJ Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, antara individu yang disiasat Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman itu ialah pemilik akaun Facebook Ronnie Liu Tian Khiew.

Polis turut dilaporkan menyiasat pemilik akuan Twitter Uncle Ireeve kerana memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA, selain Liew Lip Nan yang mempertikaikan video dimuat naik Majlis Keselamatan Negara (MKN) berhubung tujuh wasiat Raja-Raja Melayu dan pemilik akaun Facebook, Ho Ruey Terng yang memuat naik kenyataan berunsur penghinaan terhadap YDPA. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Batalkn kewarga ngraan anjing2 ni..dan halau blik ke ngra asal mereka..org mnusia ni jgn biarkn duk di tnh mlyu..mmg bngsa ni tak pyh syukur apa yg mereka dapt..ingat ko tu bngsa pdatang, so jga sikit..syaitan btul lh puak2 dap kafir harbi ni.

Comments are closed.