Annuar Musa

KUALA LUMPUR – Laporan kononnya Menteri UMNO telah teruk ‘dibelasah’ oleh barisan Kabinet kerana tidak menyokong cadangan darurat kesihatan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebenarnya tidak benar.

Malah kata Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) merangkap Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa ianya merupakan satu dakwaan yang ‘mengarut’.

Tulis Annuar dalam twitternya; “Ini karut… sangat tidak benar,” katanya.

Datuk Mohd Puad Zarkashi

Beliau merujuk kenyataan Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Dr Mohd Puad Zakarshi kononnya Menteri UMNO ‘dibelasah’ semasa mesyuarat Kabinet menerusi aplikasi Zoom dan kerana mereka tidak menyokong usaha mendapatkan pengisytiharan darurat.

Mohd Puad mendedahkan UMNO  menjadi sasaran kerana mennteri dalam kalangan parti itu menyokong keputusan Raja-Raja Melayu menolak darurat.

Beliau turut juga meminta Muhyiddin tidak perlu berdolak dalik.

“Jika tidak dilayan, politiking berterusan. Kerajaan 113 terus tidak stabil. Rakyat menjadi mangsa. Puncanya, tiada kejujuran politik,” kata Mohd Puad.

Insiden ini didakwa berlaku dalam mesyuarat Kabinet melalui aplikasi Zoom Rabu lepas.

Mohd Puad turut menulis, ramai yang bertanya kenapa UMNO mengadakan Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi MKT dua kali dalam masa seminggu.

“Ia berkaitan “Kejujuran Politik”. Bila tiada kejujuran, maka mesyuarat segera wajar dibuat demi mengelak syak wasangka, sabotaj dan politiking.

“Sebab itu apabila YDP Agung menasihatkan semua pihak hentikan politiking. Tuanku tahu nasihat darurat  berkaitan dengan kejujuran politik bukan isu COVID-19 semata mata,” katanya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jika betul “karut “ sebagaimana penjelasan Nuar Musa, ini bermakna jahat sungguh minda si Fuad ni yer……

Comments are closed.