Najib Razak

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Najib Razak menyindir pihak-pihak yang menimbulkan polemik berhubung cadangan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Cadangan itu dikemukakan olehnya sebelum ini bagi membantu rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

Kerajaan menurut Najib, boleh membenarkan pengeluaran duit dengan menghadkan pengeluaran secara one-off sehingga RM10,000 daripada akaun tersebut.

Menurutnya, dulu mereka kata jangan harap wang percuma daripada kerajaan.

Artikel berkaitan:Moratorium pukal, pengeluaran KWSP tingkat wang dalam kitaran ekonomi – Najib

Tiga cara kerajaan bantu KWSP tambah pendapatan – Najib

Kerajaan diminta perhalusi pengeluaran KWSP

Berapa peratus sahaja dari rakyat boleh keluar akaun 1 KWSP?

Ramai mahu pengeluaran Akaun 1 KWSP dibenarkan

“Rupanya nak harap duit sendiri dari KWSP pada masa terdesak pun susah,” kata bekas Perdana Menteri itu.

Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi sebuah portal berita berkata, Parlimen Malaysia sudah tercemar apabila Najib yang disabitkan tuduhan jenayah tetapi belum menjalani hukuman penjara, dibenarkan berbahas dan menasihati kerajaan mengenai belanjawan negara.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan membahaskan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.

Oleh itu, Mahathir menggesa Perdana Menteri Muhyiddin Yassin agar tidak perlu menerima nasihat daripada Najib. – MalaysiaGazette

6 Komen

  1. rupanya cadangan najib. kalau begitu kerajaan kena fikir dua kali dan buat kajian teliti. bukan semua cadangan najib itu baik. menjahanam lagi boleh lah. penyokong dia saja yang sokong. . felda global apa cerita. siapa haram jadah. najib ke peneroka felda???????

  2. Entah lah…bila negara ditadbir oleh orang2 yg ada sekolah tinggi tapi fikiran bodoh memang menyusahkan rakyat…lebih2 pada yg gila kuasa nak jadi PM..

Comments are closed.