Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Dewan Pemuda Ikatan Malaysia mahu kerajaan memperhalusi cadangan semua pihak agar cadangan bersasar pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang tidak menyeluruh.

Selain itu, cadangan umur “bujang” yang nampaknya diturunkan daripada 40 tahun kepada 21 tahun, perlu diperhalusi agar tiada keciciran dalam golongan anak muda.

Ketuanya, Shahir Adnan berharap pihak kerajaan dan pembangkang berbincang dan membahaskan usul belanjawan secara berhemah demi kepentingan rakyat Malaysia.

Artikel berkaitan:Pengeluaran akaun 1 KWSP RM500 sebulan secara bersasar dibenarkan

Dalam kenyataannya di sini, Shahir berkata, pihaknya menyokong usaha kerajaan dalam memberikan peruntukan dalam usaha mengekang Covid-19 dengan berita gembira sebanyak RM1 bilion akan diperuntukkan pada tahun hadapan bagi membendung gelombang ketiga wabak itu.

”DPIM turut berbesar hati apabila cadangan DPIM agar kerajaan memberikan penghargaan kepada golongan barisan hadapan menjadi realiti,” katanya.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021, kerajaan setuju memberi one-off sebanyak RM500 bagi menghargai jasa anggota barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang memanfaatkan 100,00 petugas.

Katanya, kerajaan juga dilihat komited apabila memperuntukkan dana untuk mendapatkan sumber vaksin Covid-19 antaranya melalui penyertaan Covid-19 Vaccine Access (COVAX) dengan jangkaan kos bekalan vaksin melebihi RM3 billion. – MalaysiaGazette