Volodymyr Zelenskyy

KYIV — Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy bersama ketua pejabatnya, Andriy Yermak disahkan positif Covid-19.

Kedua-dua mereka kini menjalani kuarantin kendiri.

Bagaimanapun Zelenskyv masih menjalankan tugasnya dari hospital, menurut agensi berita.

Yermak juga berada di bilik yang diasingkan dan mereka berkomunikasi antara satu sama lain melalui telefon.

Pada Isnin lalu, Zelenskyy telah didiagnosis dengan pandemik itu.

“Semuanya diatur dengan ketat oleh protokol. Mereka (Zelenskyy dan Yermak) berada di Feofaniya (hospital di Kyiv).

“Di sana ada pejabat khas yang lengkap membolehkan presiden mengadakan mesyuarat … Beliau berada di wad yang diasingkan, dan mempunyai barisan pentadbiran yang selamat di sana,” kata penasihat pejabat presiden Mykhailo Podolyak kepada akhbar Ukrayinska Pravda.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast