Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz antara penerima darjah PSM yang membawa gelaran Tan Sri. 

KUALA LUMPUR – PETRONAS negara-negara ASEAN, pemain industri tenaga serta sektor awam dan swasta untuk bersama-sama memanfaatkan kekuatan masing-masing dalam mencapai sasaran tenaga lestari dan rendah karbon.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Tengku Muhammad Taufik berkata, sokongan dan intervensi kerajaan diperlukan dalam melaksanakan dasar-dasar yang menyokong sasaran tersebut serta melaksanakan peraturan mesra perniagaan adalah penting bagi memastikan industri terus hidup.

“Meskipun rantau ini telah memulakan langkah dalam karbon tenaga neutral, masih ada peluang-peluang yang masih boleh dikukuhkan dari segi kerjasama serantau dan penciptaan eko-sistem yang tepat untuk mempromosikan penggunaan tenaga daripada sumber yang bersih dan lestari,” katanya semasa menyampaikan ucapan khas di pembukaan Forum Perniagaan Tenaga Asia 2020 secara maya.

Tambah beliau, gas asli kekal sebagai sumber tenaga bersih Petronas.

Ia juga memberikan penyelesaian terbaik dalam memastikan keperluan tenaga yang meningkat di Asia Tenggara adalah mencukupi.- MalaysiaGazette