Mohd Puad Zarkashi UMNO Deputy Prime Minister Ismail Sabri Yaakob cabinet reshuffle
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Jemaah Menteri dari Barisan Nasional (BN) perlu memastikan isu moratorium automatik dan pengeluaran one-off sebanyak RM10,000 dari Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diluluskan dalam pengundian Belanjawan 2021.

Ahli Majlis Tertingggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi berkata, ini bagi membuktikan BN mempunyai suara terkuat dalam Kerajaan Perikatan Nasional (PN).

Beliau mengulas kenyataan bersama Menteri-Menteri BN dalam Kabinet PN yang menyatakan kesepakatan untuk mengukuhkan BN dalam kerajaan sedia ada.

”Ia juga sebut mahu suara BN terkuat dalam Kerajaan PN. Kalau begitu pastikan esok Moratorium automatik dan pengeluaran one off RM10K dari Akaun 1 KWSP diluluskan,” katanya.

Secara sinis, katanya, jika pendekatan itu seiring dengan BNBBC (Kelab Penyokong Kerajaan Barisan Nasional) dan Majlis Kerja Tertinggi. maka kuatlah suara BN dalam kerajaan sedia ada.

”Bukan pula suara orang lain yang kuat dalam BN. Semoga esok, “Win-Win” untuk semua,” ujarnya.

Hujahnya lagi, kenyataan menteri-menteri berkenaan yang mahu agar Pilihan Raya Umum diadakan secepat menunjukkan Kerajaan PN hari ini tidak stabil.

Oleh itu, keadaan semasa ini perlu dimuktamadkan dengan majoriti kukuh, kata Mohd Puad. – MalaysiaGazette