1. Sudah hampir 5 tahun sejak Pelan Tindakan Pembangunan Masyarakat India (Malaysian Indian Blueprint) diumumkan oleh Dato’ Sri Najib Razak dalam Rancangan Rancangan Malaysia Ke – 11.

2. Dengan pengumuman tersebut, Unit Pembangunan Sosio – Ekonomi Masyarakat India (SEDIC) yang kemudian ditukar nama ke Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA) telah diwujudkan sebagai mekanisme utama kerajaan dalam mengurus hal ehwal terkait pembangunan sosio – ekonomi Masyarakat India.

3. Sejak pengumuman tersebut lima tahun lepas, Kerajaan melalui SEDIC dan kemudian MITRA telah menyalurkan sejumlah RM500 juta (RM100 juta setiap tahun) bagi tujuan pembangunan sosio – ekonomi Masyarakat India.

4. Secara umummya, kedua – dua agensi ini telah berfungsi berdasarkan tema – tema berikut : 1) Dasar dan Perancangan; 2) Pendidikan dan Latihan; 3) Kesejahteraan sosial; 4)Identiti dan keterangkuman; dan yang lain – lain dengan mendanai pelbagai rakan strategik, terutamanya Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), Institusi Latihan, Yayasan dan Syarikat untuk mejalankan program – program terkait yang diluluskan.

5. Namun sedemikian, sama ada dengan peruntukan RM500 juta ini, masyarakat India secara umummya telah merima manfaat atau tidak masih kekal sebagai satu persoalan penting yang wajar dipertimbangkan oleh semua pihak. Secara peribadi, saya berpandangan masih terdapat banyak penambahbaikan yang dapat dilakukan agar segenap masyarakat India dapat menerima manfaat langsung melalui peruntukan ini.

Berikut adalah cadangan saya kepada MITRA untuk RM100 juta yang telah diperuntukan dalam Belanjawan 2021 untuk tujuan tersebut.

C. Sivarraajch
Sivarajh Chandran

PENGENALAN INISIATIF BANTUAN KEWANGAN “ONE OFF”.

6. Sebahagian besar Masyarakat India di Malaysia masih berada dalam kategori B40 dan M40 dan kedua – dua kumpulan ini adalah antara yang paling terdedah dan terkesan berikutan impak penularan wabak COVID-19 terhadap ekonomi negara dan dunia.

7. Oleh yang sedemikian, saya mencadangkan agar MITRA memperkenalkan satu inisiatif Bantuan kewangan “one off” bagi membantu meringkan beban yang dihadapi oleh isi rumah – isi rumah India yang didapati terkesan secara langsung dengan peruntukan bernilai RM20 juta setiap tahun.

8.  Berbekalkan peruntukan bernilai RM20 juta ini, MITRA dapat membantu hampir 20,000 isi rumah yang dikenal pasti dengan bantuan kewangan “one off” bernilai RM 1000 setiap tahun.

Jika dilaksanakan program ini akan hanya memakan kos sebanyak RM20 juta setiap tahun (20% dari jumlah peruntukan tahunan MITRA) dan memberi manfaat kepada hampir 100,000 isi rumah dalam tempoh 5 tahun.

9. Walaupun bantuan “one off” bernilai RM1,000 setiap tahun tidak dapat memberi kesan yang besar kepada penerima, namun kemasukan RM1,000 kepada kumpulan rakyat yang memerlukan terutamanya yang diberhentikan kerja ataupun “underemployed” akibat COVID-19 sudah tentunya bantu meringankan beban mereka dalam skala peribadi manakala kemasukan RM20 juta secara kolektif dalam ekonomi tempatan (setelah dibelanjakan) pula akan memberi kesan sampingan yang sangat besar terhadap ekonomi negara dalam keadaan yang tidak menentu seperti kini.

PENGENALAN PROGRAM “1 PELAJAR, 1 LAPTOP”.

10. Penularan wabak COVID-19 telah memberi indikasi yang jelas terhadap jurang persediaan pembelajaran atas talian diantara pelajar-pelajar dari pelbagai latar belakang berbeza. Realitinya, walaupun sudah hampir setahun pembelajaran atas talian dilaksanakan di peringkat univerisiti, kolej dan lain – lain yang terkait, masih terdapat ramai pelajar terutamanya dari isi rumah yang memerlukan tidak dapat mengikuti pembelajaran secara atas talian akibat ketiadaan komputer riba.

11. Oleh yang sedemikian, saya mencadangkan agar RM10 juta diperuntukan oleh MITRA untuk tujuan membeli dan menyumbang komputer riba bernilai RM 1,000 setiap satu kepada 10, 000 pelajar India dari latar belakang yang memerlukan di peringkat pengajian tinggi setiap tahun.

12. Berbekalkan peruntukan bernilai RM10 juta ini (10% dari jumlah peruntukan tahunan MITRA) setiap tahun MITRA akan mampu membantu 10,000 pelajar dari kumpulan sasaran manakala secara kesuluruhannya 50,000 dalam tempoh masa 5 tahun. Pemberian laptop ini bukan sekadar bertujuan untuk membantu memudahkan urusan pembelajaran penerima namun juga untuk tujuan mendedahkan penerima kepada pelbagai peluang atas talian seperti pembelajaran kemahiran, penjanaan pendapatan sampingan dan sebagainya yang wujud atas talian.

PENGENALAN PERKHIDMATAN INTERNET SECARA SUBSIDI

13. Keterlibatan sosial merupakan antara agenda yang sering diberi perhatian dalam soal pembangunan sosio-ekonomi Masyarakat India. Hal ini sedemikian kerana, pengalaman sejarah Masyarakat India yang mana telah diasingkan di ladang-ladang di kawasan pendalaman selama bertahun-tahun telah menyebabkan mereka jauh tertinggal berbanding kaum-kaum lain.

14. Walaupun Kerajaan melalui SEDIC dan kemudian MITRA telah mengambil pelbagai langkah termasuk untuk meningkatkan penyertaan Masyarakat India dalam perkhidmatan awam, insititusi pendidikan awam dan sebagainya, namun langkah-langkah tersebut sahaja tidak mencukupi memandangkan dunia yang kita hidup pada hari ini mempunyai dinamik yang sangat berbeza yang memerlukan pendekatan terhadap keterlibatan sosial sentiasa berubah.

15. Saya percaya dalam era globalisasi ini, kemudahan Internet adalah salah satu keperluan utama dalam merealisasikan agenda keterlibatan sosial.

16. Oleh yang sedemikian, saya mencadangkan agar MITRA memperkenalkan satu program subsidi perkhimatan internet khas kepada 10,000 isi rumah India yang memerlukan di seluruh negara dengan sasaran meningkatkan keterlibatan sosial mereka dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi dan politik melalui platform atas talian.

17. Inisiatif ini yang boleh dilaksanakan secara kerajama dengan syarikat – syarikat yang terkait seperti UniFI dibawah Telekom Malaysia hanya memakan kos sebanyak RM1,800 untuk setiap isi rumah untuk tempoh masa 24 bulan dengan andaian MITRA menanggung sebanyak 50% kos perkhidmatan Internet (RM75 dari RM150) setiap bulan.

18. Inisiatif ini perlu dijalanakan seiring dengan program latihan dan “mentoring” yang sewajarnya agar penerima manfaat dapat belajar menggunakan perkhidmatan Internet untuk menaik taraf kehidupan masing-masing.

Setiap 24 bulan, penerima manfaat boleh ditukar mengikut rekod dan kebolehan masing – masing.

19. Jika dilaksanakan, program ini akan memakan kos sebanyak RM9 juta setiap tahun (18 Juta untuk satu batch) makanala RM45 Juta untuk tempoh 5 tahun (3 batch) dengan anggaran 30,000 isi rumah India yang memerlukan menerima manfaat daripadanya.

PENSTRUKTURAN SEMULA SISTEM SOKONGAN PRA SEKOLAH

20. Umum mengetahui bahawa MITRA turut melaksanakan inisiatif mendanai premis-premis Pra Sekolah yang digerakkan oleh pelbagai badan pendidikan dan kebajikan dengan tujuan untuk memastikan kanak-kanak dari isi rumah India yang memerlukan mendapat peluang yang adil dan saksama ke pendidikan Pra Sekolah.

21. Inisiatif sedia ini merupakan satu inisiatif yang bagus dan perlu diteruskan namun sedemikian, perbincangan dengan pengurusan Insititusi Pra Sekolah turut menunjukkan bahawa terdapat beberapa masalah teknikal terutamanya dalam sistem penyampaian bantuan yang berpotensi besar untuk menjejaskan kebolehopersian mereka.

22. Ini termasuk dari segi sistem / mekanisme penyampaian bantuan sedia ada yang tidak tetap dan sering berubah sehinggakan ada pengurusan Pra Sekolah tidak dapat membayar elaun guru, elaun pemandu van dan malah sewa premis. Memandangkan kebanyakan Pra Sekolah yang berdaftar dengan MITRA dibawah inisiatif ini menyasarkan kumpulan pelajar dari keluarga yang memerlukan, mereka juga tidak dapat bergantung sepenuhnya pada pendapatan yuran pelajar yang seringkali lewat dan tidak tetap akibat kekangan yang dihadapi keluarga pelajar.

23. Oleh yang sedemikian, saya mencadangkan agar MITRA memperkenalkan satu sistem atau mekanisme penyampaian baru yang lebih komprehensif dan efektif serta berfungsi (functional) dalam usaha memastikan inisiatif ini dapat diteruskan dan secara tidak langsung mengoptimumkan tahap kebolehopersian Pra Sekolah – Pra Sekolah yang terlibat selaras dengan sasaran yang ditetapkan.

 

DIGITALISASI SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN TAMIL

24. Agenda digitalisasi Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil masih kekal sebagai antara isu menjadi kerisauan kumpulan pendidik Tamil memandangkan Sekolah-Sekolah Jenis Tamil masih tidak dapat melaksanakan agenda tersebut sepenuhnya manakala sekolah – sekolah lain sudah pun mula menerapkan element tersebut.

25. Sehingga hari ini terdapat lebih kurang 500 lebih buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil di seluruh negara dan sebahagian besar sekolah-sekolah ini tidak mempunyai sistem sokongan  melalui PIGB atau LPS yang mencukupi. Saya berpandangan MITRA mampu memainkan peranan dalam mengisi kekosongan tersebut dalam usaha membawa agenda digitalisasi di sekolah-sekolah terlibat.

26. Katakan kita bermula dengan 100 sekolah untuk setiap tahun di mana MITRA memainkan peranan dengan menyalurkan RM30,000 kepada setiap satu sekolah untuk menerap agenda digitalisasi. Berapakah jumlah kos setahun? Hanya RM 3 Juta (3% dari keseluruhan peruntukan Tahunan MITRA).

Dalam tempoh masa lima tahun, kita akan dapat membantu hampir 500 sekolah untuk menerapkan agenda digitalisasi dengan peruntukan berjumlah RM15 juta sahaja.

27. Dengan itu, sekolah-sekolah terlibat tidak lagi perlu bergantung pada sumber luar untuk melaksanakan pembaharuan agar pelajar-pelajar kita tidak ketinggalan berbanding pelajar – pelajar dari sekolah-sekolah lain.

28. Kesemua cadangan saya ini hanya mewakili 40% hingga 50% dari keseluruhan peruntukan tahunan MITRA namun akan mendatangkan kesan secara langsung kepada ratusan ribuan penerima manfaat dari Masyarakat India dalam tempoh terdekat.

Katakan RM50 Juta diperlukan untuk melaksanakan semua ini, MITRA masih akan mempunyai baki RM50 juta untuk menjalankan program – program sedia ada terutamanya yang terkait keperluan asas Masyarakat India di Malaysia.

29. Saban tahun, berulang kali kita mendengar sejumlah wang dari MITRA dipulangkan semula kepada Kerajaan sebab tidak digunakan. Perkembangan sebegini jelas menunjukkan bahawa wujud keperluan yang mendesak untuk MITRA menyusun semula pendekatan penyampaian perkhidmatan yang lebih komprehensif dan efektif.

Jika program-program seperti yang dinyatakan di atas dilaksanakan, sudah tentu kita dapat menggunakan rekod dan pretasi program-program ini untuk menarik lebih banyak peruntukan untuk tujuan pembangunan pada masa akan datang.

Datuk Sivarraajh Chandran, Naib Presiden MIC