Kedutaan Amerika Syarikat di Havana, Cuba. foto Agensi

WASHINGTON – Penyakit misteri yang menyebabkan kakitangan dan diplomat Amerika Syarikat (AS) jatuh sakit sejak beberapa tahun lalu dipercayai berpunca daripada tenaga frekuensi radio – sejenis radiasi termasuk gelombang mikro, menurut laporan Akademi Sains, Kejuruteraan dan Perubatan Nasional.

Kesimpulan itu diperoleh daripada jawatankuasa membabitkan 19 pakar.

Mereka menyimbulkan “arahan denyutan tenaga frekuensi radio” sebagai “mekanisme yang paling masuk akal” untuk menjelaskan penyakit yang dikenali sebagai sindrom Havana.

Bagaimanapun, mereka tidak menolak wujud faktor sekunder juga mungkin menyumbang kepada penyakit tersebut, lapor The New York Times yang memperoleh salinan laporan tersebut.

Penyakit aneh itu menimpa sejumlah kakitangan Kedutaan AS di Havana pada tahun 2016 dan seterusnya di China dan negara-negara lain.

Sebilangan kakitangan tersebut mengalami pening, keletihan, sakit kepala dan kehilangan pendengaran, ingatan dan keseimbangan.

Disebabkan penyakit misteri itu ada dalam kalangan mereka terpaksa bersara.

Malah, pegawai-pegawai Agensi Perisikan Pusat (CIA) yang berkunjung ke Kedutaan AS di luar negara turut mengalami gejala yang serupa, lapor majalah Times and GQ pada bulan Oktober.

Kejadian itu berlaku ketika pegawai-pegawai berkenaan melakukan perbincangan untuk membantah operasi rahsia Rusia dengan agensi perisik asing.

Timbul curiga bahawa Moscow berada di belakang kejadian tersebut.

Laporan baharu itu menunjukkan bukti kuat bahawa insiden tersebut akibat serangan jahat.

Ini mengaitkan penyakit itu dengan tenaga “diarahkan” dan “berdenyut” – bukannya “berterusan”

Laporan itu tidak menunjukkan pelaku, walaupun menyebutkan “penyelidikan penting di Rusia mengenai teknologi frekuensi radio berdenyut.

Laporan tersebut juga mengandungi peringatan keras mengenai kemungkinan insiden pada masa depan dan kemampuan pemerintah AS untuk mengesannya atau memberi respons.

Fakta bahawa pegawai kerajaan Amerika melaporkan penderitaan bukan sahaja di Cuba dan China tetapi juga di Rusia dan negara-negara lain menimbulkan persoalan mengenai seberapa besar kejadian itu.

Laporan tersebut mengesyorkan agar Jabatan Negara bertindak sekarang untuk membuat rancangan dan protokol, jadi ia dapat memulakan penyelidikan jika insiden serupa terjadi pada masa depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast