Abdul Hadi Awang

KUALA LUMPUR – Istana Perak mengesahkan telah menerima surat permohonan menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah daripada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Bagaimanapun menurut Ahli Dewan Negeri Perak, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini berkata, Abdul Hadi masih belum mendapat kebenaran untuk menghadap baginda Sultan setakat ini.

“Untuk makluman, setakat ini Abdul Hadi belum mendapat kebenaran untuk menghadap Tuanku,” katanya seperti yang dilaporkan Harian Metro, hari ini.

Annuar ditanya sama ada pihak Istana Perak telah menetapkan tarikh dan waktu untuk Presiden Pas itu bertemu Sultan Nazrin.

Terdahulu, Pas Perak menzahirkan permohonan maaf kepada Sultan Perak atas kekhilafan tiga Ahli Dewan Negeri parti itu tidak menghadap sebagaimana dititahkan baginda Selasa lalu.- MalaysiaGazette