Video muzik Tolonglah nyanyian Cik B yang dilancarkan di YouTube, seminggu lalu, meraih lebih 3.2 juta tontonan.

KUALA LUMPUR – Walaupun muzik video single sulung berjudul Tolonglah mendapat sambutan luar biasa sehingga tiga juta tontonan, kemunculan Cik B pertama kali membuat persembahan di pentas menyanyikan lagu tersebut yang disiarkan secara langsung dalam Program Vokal Mania mendapat komen sebaliknya.

Penampilan pertamanya di pentas itu mendapat reaksi negatif daripada penonton apabila ramai yang mengkritik gadis berusia 15 tahun itu.

Mereka berpendapat, lebih baik jika bakat terpendam Cik B atau nama sebenarnya Edlynn Zamilleen Muhammad Amin dibiarkan ‘terpendam’ sahaja.

Bagaimanapun, ada yang tampil mempertahan anak kepada usahawan kosmetik, Datuk Vida itu memandangkan ia percubaan pertama dan Cik B masih lagi muda.

Tidak mudah ‘melatah’ dengan kecaman netizen, Cik B memohon maaf di laman Twitternya serta menjelaskan dia  gemuruh sehingga mulutnya kering ketika mempersembahnkan lagu tersebut secara langsung.

Perkongsian Cik B itu mendapat perhatian netizen yang memuji keberanian gadis itu.

Dalam pada itu ada yang memberi cadangan supaya Cik B masuk kelas vokal agar dapat memberikan persembahan lebih baik di masa akan datang.

Mencipta sensasi sekelip mata, anak jutawan kosmetik itu menambat hati peminat apabila video muzik Tolonglah yang dilancarkan di YouTube seminggu lalu meraih lebih 3.2 juta tontonan.

Cik B tidak pernah menyangka single daripadanya mencetuskan kontroversi kerana didakwa menggunakan suara rapper, Yonnyboii tular di media sosial. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast