A. Kadir Jasin

KUALA LUMPUR – Datuk A. Kadir Jasin memberi bayangan tentang pelbagai ‘pertembungan’ yang akan berlaku ketika undian Belanjawan 2021 untuk kali ketiga di Dewan Rakyat.

Bekas Penasihat Media kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu mendakwa pertembungan itu antara Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden PKR yang ingin menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang.

Kata Kadir, ia juga soal siapakah yang disokong oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Ini juga susulan selepas sidang media antara dua seteru satu ketika dulu, pemimpin veteran, Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tengku Razaliegh Hamzah yang seperti akan ‘bekerjasama’ sesuatu yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

“Seperti yang anda maklum, sejak ambil rampasan kuasa Februari lepas, Muhyiddin tidak membuktikan dirinya mempunyai kuasa majoriti di Dewan Rakyat. Manakala Anwar pula berkali-kali mendakwa dirinya mempunyai cukup kuat untuk menyakinkan Dewan Rakyat.

“Manakala Najib dan Ahmad Zahid pula memberi bayangan mereka mempunyai bilangan kerusi wakil rakyat yang mampu menentukan siapakah bakal Perdana Menteri kelak.

“Jadi persoalannya di sini, sekirangnya anda berada di tempat Najib dan Ahmad Zahid yang sebenarnya ‘kingmaker’ siapakah yang akan anda pilih? Perdana Menteri yang sedia ada atau bakal Perdana Menteri?” soalnya dalam hantaran Facebook hari ini.

Kata bekas wartawan veteran merangkap bekas ahli Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Najib dan Ahmad Zahid juga ketika ini sedang berdepan dengan pelbagai tuduhan rasuah di mahkamah.

“Najib sudah disabitkan bersalah, sedang merayu manakala Ahmad Zahid akan ‘ikut’ tidak lama lagi memandangkan perbicaraan ke atas 47 pertuduhan sedang berjalan pada masa ini.

“Kecualilah kedua-dua ahli politik ini sedia menghabiskan masa di penjara, pastinya ketika ini mereka akan menimbang semuanya sebelum memutuskan siapakah yang akan disokong,” ujarnya.

Kadir juga memberikan beberapa contoh kes rasuah berprofil tinggi melibatkan nama-nama besar yang keputusannya bebas tanpa lepas sejak Muhyiddin menjadi Perdana Menteri Februari lepas.

“Anda lihat sendiri ‘belas kasihan’ terhadap bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, bekas Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga anak tiri Najib, Riza Abdul Aziz.

“Pastinya anda tak terkecuali untuk menjangka keputusan sama terhadap kes-kes anda. Jadi Muhyiddin dilihat sebagai pertaruhan yang baik yang begitu terdesak untuk terus berkuasa.

“Anwar pula belum jadi Perdana Menteri, sebagai Ketua Pembangkang, beliau tidak boleh lakukan sesuatu yang besar juga. Jadi siapakah akan dipilih? Atau adakah saya seperti tertinggal sesuatu di sini?

“Walau apa pun, pastinya kepentingan rakyat jelata bukanlah dalam senarai terpenting mereka-mereka ini, saya tidak akan terkejut sama sekali memandangkan agenda serta kepentingan peribadi ini,” tegasnya.

Dua perkara penting yang terjadi semalam susulan undian Belanjawan 2021 yang ketiga hari ini, pertamanya Tun Mahathir dan Tengku Razaliegh telah memberikan bayangan awal ada kemungkinan kerajaan PN akan tumbang.

Seandainya itu berlaku, Tun Mahathir dan Tengku Razaliegh sedia berkhidmat untuk mengembalikan kegemilangan Malaysia seperti ‘Harimau Asia’ satu ketika dahulu.

Keduanya, Pakatan Harapan (PH) dalam satu kenyataan lewat petang semalam telah mendedahkan akan menolak Belanjawan 2021 hari ini. -MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Antara Titah Yang Di-Pertuan Agong Dan ‘Titah’ Setiausaha Keadilan, Amanah Dan DAP
    byAssistant Editor-December 15, 20200

Comments are closed.