Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin (tengah) menunjukkan barang rampasan pada sidang media berkenaan Op Jarom menumpaskan sindiket pengedaran dadah 'Fei Long' di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 18 DISEMBER 2020.

KUALA LUMPUR – Polis menahan tujuh lelaki warga tempatan yang dipercayai anggota sindiket pengedarah dadah, termasuk ketuanya yang dikenali Fei Long Gemuk dalam enam serbuan berasingan.

Sindiket tersebut menyembunyikan pelbagai jenis dadah di Jenjarom, Banting, Selangor sebelum mengedarnya ibu negara dengan menyasarkan pusat-pusat hiburan.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Komisioner Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, dalam serbuan pertama pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik IPK KL yang dilakukan pada jam 1 tengahari 14 Disember lalu, dua lelaki warga tempatan berusia 28 dan 47 tahun ditahan di sebuah kediaman dan salah seorang suspek positif syabu dan memiliki rekod lampau dadah.

Katanya, berpandukan suspek pertama menyerbu dan menangkap dua lagi lelaki berusia 25 dan 28 tahun di tempat letak kereta Seksyen 13, Petaling Jaya pada jam 7.05 malam hari yang sama dan merampas dadah jenis syabu seberat 100 gram dalam sebuah kereka.

“Berpandukan arah oleh suspek, polis melakukan serbuan ketiga sekitar jam 8.10 malam di sebuah rumah di Seksyen 13, Petaling Jaya sebelm menjumpai dadah pil ekstasi seberat 1.258 kilogram dan ketamin seberat 631 gram.

“Berdasarkan siasatan lanjut ke atas mereja pada 15 Disember sekitar 8.15 malam pasukan sama menangkap dua lagi suspek lelaki tempatan berusia 35 hingga 51 tahun (dalang utama Fei Long) di Petaling Jaya dalam serbuan keempat dan pemeriksaan dalam beg plastik warna putih berjaya merampas ketamin seberat 1.827 kilogram,” katanya pada sidang media hari ini.

Tambah beliau, kedua-dua suspek positif syabu dan memilliki rekod dadah dan jenayah lampau.

Menurut Saiful Azly, pada hari yang sama sekitar 8.50 malam polis melakukan serbuan kelima di Jalan Peel Cheras apabila menahan menangkap seorang lelaki berusia 44 tahun dan merampas serbuk ekstasi 5.2kilogram dan 96 botol air minuman Pokka Green Tea Jasmine yang disyaki mengandungi cecair ekstasi seberat 48 liter.

Ujarnya, suspek didapati positif syabu serta memiliki rekod lampau dadah dan jenayah.

Dalam serbuan keenam dan terakhir pada 16 Disember lalu, Saiful Azlu memberitahu, pihaknya telah menyerbu sebuah rumah di Jenjarom Banting dan menjumpai ketaminm seberat 36 kilogram.

“Kesemua suspek berkecimpung dalam kegiatan ini dengan modus operandi mendapatkan bekalan dadah sebelum menyimpan di Jenjarom yang kemudian menunggu masa yang sesuai dan membawa masuk ke dalam ibu negara dan menjual di pasaran pelanggan pusat hiburan dan parti-parti liar.

“Kesemua nilai keseluruhan rampasan dadah adalah berjumlah RM2,495,740. Kesemua suspek telah direman selama tujuh hari sehingga 22 Disember ini di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika disabitkan kesalahan mereka,” katanya. – MalaysiaGazette