Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

KUALA LUMPUR – UMNO mengulangi pendiriannya untuk kekal dengan Muafakat Nasional dan menolak menyertai Perikatan Nasional (PN).

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Khaled Nordin berkata, parti pimpinan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi itu berpandangan PN tidak mempunyai daya untuk mempertahankan kepentingan Melayu dan Islam.

“Peranan tersebut telah diterajui oleh Muafakat Nasional. Perikatan Nasional juga tidak akan mampu untuk menarik sokongan bukan Melayu kerana dilihat sebagai peringatan politik parti berteraskan Melayu dan tidak lebih daripada itu.

“Perwakilan bukan Melayu dalam Perikatan Nasional seperti hanya penyeri agar PN tampak berseri dengan dua tiga orang Menteri bukan Melayu,” katanya ketika merasmikan mesyuarat UMNO Bahagian Pasir Gudang, hari ini.

UMNO sebelum berkata tidak akan menyertai gabungan itu sebagai salah satu parti komponen.

Malah, Majlis Tertinggi UMNO dan Dewan Tertinggi BN telah membuat keputusan jelas bahawa mereka hanya mendokong kerajaan PN sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Jelas Khaled lagi, penubuhan PN secara ‘ad hoc’ juga tidak mencerminkan ia mempunyai misi yang jelas untuk negara ini.

“PN tertubuh secara ad hoc hanya di peringkat ahli-ahli parlimen tanpa rujukan kepada ahli-ahli tanpa idealisme dan ideologi yang jelas dan tanpa misi yang strategik untuk Malaysia.

“Jalan ke hadapan adalah dengan kita mengukuhkan Barisan Nasional, BN adalah jenama politik yang sangat sebati dengan masyarakat majmuk Malaysia ada logiknya sederhana pendekatan yang berasas Muafakat,” katanya lagi.

Khaled sebelum ini berkata penubuhan ‘coalition over coalition’ atau gabungan selepas gabungan tidak diperlukan kerana ia hanya strategi survival untuk mendapat kekuatan daripada sokongan parti terbesar.

Justeru itu katanya, Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sebaliknya mesti membina kekuatan melalui undi dan mandat rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU). – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. Alah Khalid..UMNO bole ke tarik sokongan bukan Melayu …ni dalang nk bekerjasama dengan DAP ni..kite tengok je..

  2. Tanah Melayu kini merosot ke 12% dan equity ekonomi 30% untuk pribumi Melayu adalah kadar sangat rendah lagi memalukan kecuali muka tebal di mata antarabangsa menjadi fakta bukti pendatang cina keling yang dahulunya menguntungkan ekonomi penjajah British dapat MyKad hak bayar cukai samarata walaupun enggan bekerjasama dengan pribumi berasaskan Kontrak Sosial lebih-lebih lagi berbanding dengan masyarakat majmuk tinggal lama sehingga cucu-cicit bayar cukai lebih tinggi tanpa Kontrak Sosial di negara-negara kecil Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic yang lebih berkesan menangani rasuah sambil menjamin hak keistimewaan pribumi mereka.

Comments are closed.