KUALA LUMPUR – Pelakon, Harris Annuar memaklumkan dirinya  disahkan Covid-19 selepas membuat saringan di sebuah klinik swasta.

Harris atau Mohammad Harris Shahrul Annuar kini menjalani kuarantin kendiri di rumah sebelum membuat saringan kedua hari ini.

Dalam masa yang sama beliau menunggu tindakan selanjutnya daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

“Assalamualaikum pada 3 Januari 2021 Harris baru sahaja menjalani ujian saringan Covid bersama pasukan MegaKlinik Zahran dan ternyata Harris positif Covid untuk saringan pertama.

“Hari ini pada 4/1/201 Harris akan ke Megaklinik Zahran kembali untuk buat saringan kedua untuk masa sekarang ini Harris sedang menjalani kuarantin sendiri di rumah seperti yang disarankan oleh pihak KKM,” katanya menerusi Instagram.

Justeru bekas finalis Hero Remaja 2017 itu meminta sesiapa yang mempunyai kontak rapat dengannya selama dua minggu sebelum ini untuk menjalankan ujian saringan Covid-19.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast