Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Selaras dengan slogan “Sentiasa Bersepadu”, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerusi Tentera Darat Malaysia (TDM) terlibat secara langsung membantu rakyat yang terkesan dengan bencana banjir.

Dalam kes penduduk di Pahang terputus hubungan akibat banjir, pasukan 91 Rejimen Bantuan, Rejimen Askar Jurutera Diraja (91 RAJD) menghulurkan tenaga dan khidmat membina sebuah jambatan Compact Bailey 200 di Kampung Belimbing, Maran.

Pembinaan jambatan itu adalah yang kedua oleh pasukan 91 RAJD, selepas jambatan pertama siap dipasang di Kampung Lechar, Ulu Dong, Raub.

Pasukan 91 RAJD bertungkus lumus menyiapkan pembinaan Jambatan Compact Bailey 200 bagi kegunaan 2,600 penduduk tiga kampung di Maran, Pahang.

Menurut jurucakap ATM, proses pembinaan jambatan Compact Bailey 200 itu adalah untuk menghubungkan tiga lokasi yang terjejas akibat banjir.

Katanya, apabila siap nanti, jambatan itu akan menghubungkan Kampung Serengkam, Kampung Sri Makmur dan Kampung Sri Jaya yang melibatkan hampir 2,600 penduduk.

“Pembinaan jambatan itu bermula Selasa lalu, dan dijangkakan siap hari ini,” katanya dan kenyataan kepada media. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast