Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah South African B.1.351 Covid-19 variant
Dr. Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama menyelamatkan negara ini daripada wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan itu berkata, meskipun negara sudah bertahan selama setahun dalam melawan Covid-19 namun penghujungnya masih belum kelihatan.

Katanya, walaupun letih mental dan fizikal, usaha menangani pandemik itu perlu diteruskan.

”Setiap orang, tidak kira siapa pun anda, mesti memikul tanggungjawab ini untuk menyelamatkan negara kita bersama.

”Patuhi SOP, pakai topeng muka dengan betul, cuci tangan, dan jaga jarak fizikal. Tinggal di rumah jika anda tidak mempunyai masalah mendesak di luar,” katanya dalam hantaran di Facebook sempena genap setahun Malaysia melawan pandemik Covid-19 pada hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, dengan kebersamaan itu, seluruh rakyat Malaysia mampu memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

”Kita mesti bersatu dan bersama-sama dengan perjuangan ini. InsyaAllah,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast