Sebanyak tujuh lagi Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh lagi kluster baharu Covid-19 dikenalpasti hari ini.

Daripada jumlah itu, tiga daripadanya melibatkan  tempat kerja, dua melibatkan komuniti dan masing-masing satu kluster melibatkan keagamaan dan pusat tahanan, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, tiga kluster tempat kerja adalah Kluster Jalan Cochrane melibatkan 26 kes, Kluster Jalan Platinum di Pasir Gudang melibatkan 33 kes dan Kluster Intan Delima melibatkan 25 kes.

Dua kluster komuniti berlaku di Kulai, Johor dan Setiu, Terengganu.

Kluster Jalan Padi Mahsuri ini berlaku ekoran kes indeks
bagi kluster ini (iaitu kes ke-178, 903) telah dilaporkan positif Covid-19 pada 23 Januari lalu hasil saringan pra pekerjaan.

Kes-kes dalam kluster ini tinggal bersama di Jalan Padi Mahsuri, Taman Senai Baru, Kulai.

“Sehingga 26 Januari ini sejumlah 28 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster in,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Kluster Kampung Bukit Putera merujuk lokaliti kediaman kes indeks iaitu di Kampung Bukit Putera, Bandar Permaisuri, Setiu.

“Sehingga 26 Januari lalu, sejumlah 293 individu telah disaring, di mana 25 kes telah dikesan positif Covid-19 dalam kluster ini,” kata Noor Hisham.

Kluster Keagamaan pula dikesan melibatkan daerah Kulim, Kedah dengan melibatkan 34 kes positif dan Kluster Tembok Bukit Besi berlaku Pusat Koreksional Dungun, Bukit Besi dengan 99 kes positif Covid-19 dikesan di kawasan itu.

Sehingga hari ini, sebanyak 753 kluster telah dikesan di negara ini dengan 397 daripada telah tamat.

Bagaimanapun, 356 kluster masih didapati aktif dengan  pertambahan kes baharu tertinggi pada hari ini adalah Kluster Pasai (111 kes), Kluster Seri Bayu (61 kes), dan Kluster Jalan Platinum (33 kes). – MalaysiaGazette