KUALA LUMPUR – Umum mengetahui Ebit Lew kini berada di Sabah untuk ke beberapa lokasi bagi menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Pelbagai bantuan seperti keperluan makanan, keperluan gajet untuk Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dihulurkan.

Semalam, perkongsiannya di media sosial tular apabila memaklumkan seramai 157 orang daripada suku Bajau Laut di satu perkampungan di Sabah memeluk Islam.

“Ya Allah menangis saya hari ini gembira. Satu kampung memeluk Islam ptg ini. Semuanya dgn rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Dari suku Bajau Laut atau gipsi laut. Mereka tinggal dlm bot atau pondok kecil atas laut. Menangis saya,” tulisnya di Facebook.

Ujarnya, ketika sibuk mengagihkan bantuan, tiba-tiba ramai yang bertanyakan kepadanya siapa Tuhan.

“Saya dengan penterjemah tanya pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tak tahu. Tolong bagitahu kami.

“Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua dikeliling bot tadi. Mereka terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya.

“Saya akan terus bantu makanan seluruh kampung atas laut ini. Saya tengah urus untuk bina sekolah. Tengah cari guru ustaz untuk mengajar mereka.Terima kasih Allah,” katanya lagi.

Perkongsiannya itu mendapat pelbagai respon positif dalam kalangan warganet di media sosial.

Bagaimanapun,  ada juga yang mempertikaikan usaha Ebit Lew membawa 157 orang itu memeluk Islam

Bagaimanapun, seorang warganet berkata, sepatutnya proses memeluk agama Islam dibuat di pejabat agama.

“Niat baik, tapi tindakan yang salah.Kalau nak masuk Islam di pejabat agama pun, macam-macam soalan kena jawab. Bersedia ke tak, kena paksa ke tak, ikhlas ke tak.

“Bukan tanya atas bot macam ni. Orang desperate perlukan bantuan bukan agama,” tulis seorang pemegang aakaun Twitter, SUSK J-KOM@LOLsuren – MalaysiaGazette

2 Komen

Comments are closed.