Mohamad Hasan

KUALA LUMPUR – ‘Buluh tak miang, bemban pulak yang gatal.. apa hal?

Itu peribahasa penuh makna Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan mengenai tindakan sesetengah pihak yang sibuk dengan hal ehwal partinya.

Dalam ciapan Twitternya, Ahli Dewan Undangan Negeri Rantau itu juga memuatnaik kenyataan kenyataan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu, Dr. Muhammad Faiz Na’aman yang mahu UMNO mendedahkan keputusan rasmi mesyuarat Majlis Tertinggi parti itu Jumaat lepas.

Sebelum itu, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan juga mempersoalkan Muhammad Faiz atas kenyataan yang sama.

Menurutnya, gesaan terbuka melalui media untuk UMNO mendedahkan perihal dalaman parti hanya membongkar kelemahan pihak yang membuatnya.- MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

UMNO yang mesyuarat, parti lain pula resah – Shahril

1 Komen

  1. mcmnilah.. buloh yg nampak sume buloh tua, dah lah keras liat pulak tu.. tak boleh di nasihatdah. dia punya miang dgn dia punya gatal … makau kalah kucing grenggo nk mengawan.. tu lah nampak bbrapa geng tu yg menyanyau siang mlm, yg kena saman , yg kena dakwa , yg mcm pandai segala, yg lebih sudu dr garpu, yg dh tak winable lg, yg segan2 nak tunjuk baik. Lantaklah PRU15 if u become irrelevan just forget it, just get yur prayer mat..

Tinggal Komen

Please enter your comment!
Please enter your name here

Comment moderation is enabled. Your comment may take some time to appear.