Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Kelab gergasi tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) hari ini melancarkan jersi baharu ‘Home’ dan ‘Away’ bagi menghadapi saingan musim 2021 menerusi satu video pengenalan.

Kekal bersama jenama sukan terkenal dunia, Nike, jersi dengan kombinasi warna biru dan merah serta berkonsepkan berlian itu bakal digunakan juara Liga Super tujuh kali berturut-turut tersebut sebagai jersi tuan rumah.

Lebih menarik, jersi kedua ini tampil dengan kolar yang pastinya diminati oleh para penyokong JDT.
Foto Facebook Johor Southern Tigers.
Selaras dengan kerjasama dimeterai antara JDT dan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) pada Disember tahun lalu, logo badan pertubuhan antarabangsa itu telah diletakkan pada kedua-dua jersi tersebut.
Sementara itu, video pengenalan jersi baharu pasukan JDT sentiasa mencuri tumpuan apabila sebelum ini kelab tersebut pernah menampilkan Robert Pires pada tahun 2018.
Pada musim 2019, pemilik JDT, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim tampil bersama-sama bekas Pemain Terbaik Dunia, Luis Figo dan penyokong JDT dari 10 daerah Johor menghiasi video pengenalan.

Musim lalu pula JDT tampil dengan elemen berbeza apabila mengetengahkan elemen ‘Cowboy’ ini ala-ala filem terkenal, James Bond. – MalaysiaGazette