Dr. Adham Baba

KUALA LUMPUR – Fasa dua dan tiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang akan dilaksanakan April dan Mei ini akan turut membabitkan pengamal perubatan swasta.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 sudah mencapai persetujuan itu dengan agensi diperbadan di bawah Kementerian Kesihatan (KKM), Protect Health Corp Sdn Bhd, sebagai pelaksana penglibatan pengamal perubatan swasta.

Menurutnya, tugas agensi itu termasuk mendaftarkan pengamal perubatan am swasta, aspek pembayaran, memberi manual dan memantau program imunisasi.

“Pelantikan Protect Health berdasarkan kepada pengalaman dan keupayaan agensi terbabit melibatkan aspek mendaftar, menyelaras, memantau kualiti dan menguruskan pembayaran kepada pengamal perubatan am swasta bagi Skim Peduli Kesihatan B40 (PEKAB40).

“Bermula hari ini, program fasa kedua dan ketiga untuk pengamal perubatan swasta boleh didaftar melalui www.protecthealth.com.my,” katanya pada sidang media berkenaan perkembangan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan secara maya hari ini.

Turut hadir oada sidang media yang sama ialah Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Jamaluddin Abu Bakar. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast