Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh mengedarkan 500 kuntum bunga ros kepada pengunjung dan peniaga Pasar Tani UTC Pahang di Kuantan.

KUANTAN – Sebanyak 500 kuntum mawar pelbagai warna dan 250 bungkus kek diedarkan kepada pengunjung dan peniaga pasar tani sebagai tanda kasih sayang Ahli Parlimen Kuantan sempena meraikan sambutan Hari Wanita Antabangsa,

Menurut Fuziah Salleh, inisiatif tersebut dilakukan saban tahun sebagai tanda ingatan serta menghargai dan menunjukan rasa hormat kepada wanita di atas pengorbanan dan sumbangan mereka dalam masyarakat.

Mengulas tema hari wanita peringkat antarabangsa ‘Memilih untuk mencabar’, bekas Timbanlan Menteri Hal Ehwal Agama itu berharap wanita untuk mencabar ketidakadilan sosial seperti segala perosak alam sekitar, mencabar rasuah serta ketidakadilan kuasa.

“Alhamdulillah sambutan begitu baik dan cukup seronok kerana pengunjung wanita dan juga lelaki minta bunga untuk disampaikan kepada ibu dan isteri di rumah.

“Tema Hari Wanita Antabangsa oleh Wanita Bangsa- Bangsa Bersatu, I choose to challenge.

“Jadi kita memilih untuk mencabar keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak berikutan kes penderaan dan keganasan rumah tangga meningkat kini.

Fuziah yang juga Pengerusi Perhubungan Pakatan Harapan Pahang mengharapkan wanita di Malaysia supaya bangkit, mengupayakan diri, berjaya dalam segala aspek kehidupan.

“Status quo, janganlah mengaggap wanita ini tempatnya hanyalah memainkan sokongan kerana wanita juga mampu peranan ke depan dalam skop membagunkan negara.

“Kita meraikan wanita, kerana wanita ibu kita, kakak kita, adik kita, anak kita, isteri kita  wajar dihormati, wajar dikasihi dan dilindungi.”

Ujarnya juga sebagai Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR), wanita harus memainkan peranan yang bermakna dalam membangunkan negara dan menambah keyakinan diri untuk sama-sama memberi sumbangan kepada masyarakat.

“Wanita bukan sekadar perhiasan, jadilah wanita yang peka pada persekitaran di mana kita kena jaga kejiranan, kena tahu persekitaran dan tampil membantu.

“Sempena hari wanita lalu, sebagai mempertikatkan keperihatinan wanita dalam masyarakat, Komuniti Peka diwujudkan dan akan dilancarkan menerusi aplikasi Kawan Komuniti.

“Ia juga  dimuat turun dalam sistem android mahupun IOS di mana boleh menghubungkan beberapa agensi berkaitan untuk rujukan bantuan.”- MalaysiaGazette.