Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika hadir pada sidang media selepas selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Hotel Le Meridien, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 13 OKTOBER 2020.

KUALA LUMPUR – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengadakan satu sidang media di sebuah hotel di Petaling Jaya hari ini

Menurut Presiden PKR itu, sidang media itu akan diadakan jam 4.30 petang.

“Pihak media dijemput hadir ke Sidang Media Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang akan diadakan pada jam 4.30 petang nanti,” demikian menurut jemputan berkenaan.

Bagaimanapun wakil media tidak diperincikan mengenai kandungan sidang media itu.

“Sidang media akan menjelaskan beberapa perkara penting dan isu semasa,” kata sumber kepada MalaysiaGazette hari ini.

Anwar difahamkan akan mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Parlimen PKR yang meninggalkan parti itu baru-baru ini.

Dalam pada itu, kartunis kontroversi, Fahmi Reza memuatnaik satu gambar yang memaparkan Anwar dalam bendara UMNO, Sang Saka Bangsa.

Ia beberapa jam selepas Anwar mengesahkan wujud rundingan antara PKR dengan seterunya UMNO.

Anwar sebelum ini berkata, wujud perbincangan tidak rasmi antara kedua-dua parti itu.

Menerusi temu bual bersama Mingguan Malaysia terbitan Ahad, Presiden PKR itu berkata, perbincangan awal itu melibatkan pimpinan kedua-dua parti dan ia telah menunjukkan perkembangan positif.

“(Perbincangan) dengan pimpinan parti dan ia hanya perbincangan awal. Tapi dalam perbincangan awal ini, apa yang saya dapat kesan? Ia satu yang positif. Sebab kita lebih faham mereka (UMNO) dan mereka lebih faham kita,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan memaklumkan beliau tidak tahu menahu mengenai rundingan antara partinya itu dengan PKR.

“Itu saya tidak tahu, saya tak ada dan saya tidak tahu,” kata Mohamad semalam. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Muafakat Nasional, formula kejayaan didepan mata yang perlu digengam erat, ianya sangat dicemburui, jangan biarkan ianya diganggu gugat, telah direstui akar dan umbi!

    Cita2 sesetengah pihak untuk menjadi PM nampaknya terus KELAM dan KELABU tidak menentu, kini terkapai2 mencari simpati?

  2. UMNO kena respon kepada persekitaran semasa..politik itu dinamik dan tidak rigid. PAS pun pernah berpakat dgn DAP dan Semangat 46. Kerjasama UMNO dgn PAS selama ini telah dihijack oleh katak2 puru dlm Bersatu dan PAS membiarkan sahaja. Malahan bukan setakat itu, seringkali PAS memenangkan Bersatu dan menghentam UMNO tanpa memikirkan janji2 mereka dalam MN..sekurang2nya tidak ada usaha PKR utk mencuri ahli, YB2 dan kerusi UMNO…

Comments are closed.