Realme mengumumkan rekaan AIoT terbaharunya 'realme Buds Air 2' dengan kolaborasi DJ terkenal antarabangsa, The Chainsmokers.

KUALA LUMPUR — Jenama telefon pintar paling pesat berkembang di dunia, realme mengumumkan rekaan terbaharunya ‘realme Buds Air 2’ dengan kolaborasi deejay terkenal, The Chainsmokers hari ini.

Model itu dikuasakan dengan Sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) dengan penggunaan selama 25 jam bagi setiap pengecasan penuh untuk kegunaan harian terutamanya bagi peminat muzik.

Realme Buds Air 2 juga sangat sesuai dengan mereka yang sedang mencari pendamping audio yang enak bunyinya selain menyerlahkan stail si pemakai.

Pengurus jenama realme Malaysia, Tiffany Teh berkata, dengan memakai realme Buds Air 2 di telinga, pemakai pastinya gembira dapat mendengar lagu dan berbual tanpa bunyi bising yang tidak diingini.

Jelasnya, ini merupakan pencapaian yang luar biasa realme dan The Chainsmokers dalam menghasilkan peranti audio berkualiti tinggi dengan pengalaman suara premium dalam segmennya.

“Ini adalah janji realme yang sentiasa komited untuk mencipta lebih banyak peranti AIoT dengan ciri-ciri canggih dengan memperkenalkannya kepada pencinta teknologi dan inovasi di Malaysia,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Kelebihan utama relame buds air 2 berbanding produk sebelum ini adalah terdapat penggunaan Sistem Pembatalan Hingar Aktif (ANC) serendah 25dB dimana fungsi ini pada mulanya hanya ditawarkan pada earbuds dan headphones premium sahaja.

Dengan adanya fungsi itu, lebih ramai anak muda dapat menikmati permainan video dan audio dari masalah bunyi bising yang tidak diingini malah ia juga dapat mengurangkan kebisingan hingga 25dB dengan saringan bunyi frekuensi rendah seperti bunyi pengangkutan awam dan peralatan rumah.

Selain itu, terdapat juga penggunaan mod transparency tersedia pada realme buds air 2 yang membolehkan pengguna mendengar perbualan dengan menghidupkan mod tersebut dengan satu klik sahaja.

Pengguna boleh bekerja dengan earbud secara mudah dan masih dapat berbual dan berbincang tentang kerja dengan rakan sekerja tanpa menanggalkannya.

Realme secara eksklusifnya telah mengembangkan generasi baharu cip pengurangan kebisingan pintar, cip R2 yang membawa prestasi pengkomputeran yang hebat, kecekapan tenaga yang lebih baik, sambungan yang lebih stabil serta menjanjikan panggilan yang berkualiti.

Penggunaan bateri juga tahan selama 25 jam di mana hayat bateri telah ditingkatkan dari 17 jam kepada 25 jam ketika fungsi ANC dipadamkan namun masih dapat menikmati 22.5 jam waktu main semula apabila ANC dihidupkan.

Peranti itu juga turut menyokong pengecasan pantas di mana anda boleh mula bermain balik selama 2 jam dengan pengecasan 10 minit malah juga boleh bertahan selama 5 jam dengan hanya sekali cas dalam masa satu jam.

Bagi peminat permainan mudah alih pula, realme buds air 2 merupakan produk yang paling sesuai untuk diggunakan kerana ia menggunakan latensi serendah 88ms dengan memperlihatkan pengurangan sebanyak 35 peratus berbanding generasi sebelumnya.

Pemain yang menggunakan realme buds air 2 juga akan merasai keseragaman suara dan gambar yang lebih baik sekaligus meningkatkan prestasi permainan, di mana anda hanya perlu  memuat turun aplikasi realme Link dan menghidupkan mod permainan sahaja.

Dengan generasi baharu bluetooth 5.2 pada realme buds air 2 ini juga dapat memastikan sambungan yang stabil walaupun pengguna berada dalam persekitaran dengan gangguan pelbagai peranti.

Anggaran jarak penghantaran sehingga 10 meter dapat memainkan muzik dengan lancar walaupun telefon pintar tidak berada berhampiran.

Malah, ia juga dapat mengelakkan kesalahan sync pada saat-saat kritikal semasa bermain serta lebih mudah untuk pengguna mengenal pasti lokasi musuh dengan ketepatan yang hebat dan peroleh kemenangan ketika bermain.

Selain itu, diafragma karbon seperti berlian turut dipilih untuk memberikan pengalaman terbaik dengan menghadirkan suara berkualiti tinggi kepada telinga pengguna.

Kadar distortion pada realme Buds Air 2 juga telah dikurangkan menjadi bawah 0.5 peratus yang merupakan standard tertinggi industri.

Di samping itu, realme turut melancarkan Bass Boost + Mode sebagai penyelesaian peningkatan bass yang memanfaatkan sepenuhnya kekuatan gegelung dinamik dan diafragma bagi menjadikan bunyi bass seperti live.

Terdapat dua mod yang ditambahkan pada Bass Boost+ dalam aplikasi realme Link, iaitu Dynamic yang mampu mengimbangi suara bass, treble dan mid, sementara Bright meningkatkan suara manusia yang sangat sesuai untuk mendengar podcast dan buku audio.

Pengalaman audio lebih pintar dengan kepelbagaian fungsi  membolehkan realme buds air 2 dihubungkan pada telefon bimbit secara automatik semasa membuka bekas pengecasan, bahkan melalui Google Fast Pair juga membantu pengguna mengatur sambungan untuk pertama kali.

Pengguna dapat menyesuaikan kawalan yang dikehendaki melalui aplikasi realme Link, misalnya anda boleh mengetuk dua kali untuk main atau berhenti dan mengetuk pada sisi peranti pada kanan atau kiri sebanyak tiga kali untuk ke lagu seterusnya.

Selain itu, Smart Wear Detection dapat mengesan secara automatik keadaan penggunaannya. Sebagai contoh, realme buds air 2 akan menghentikan muzik atau tontonan video secara automatik ketika salah satu earbud dikeluarkan agar pengguna tidak akan terlepas sebarang tontonan atau lagu yang didengari.

Apabila salah satu earbud dilepaskan, earbud lain akan beralih ke Mod Transparency dengan sewajarnya untuk pengalaman bunyi yang lebih baik.

Realme buds air 2 bukanlah earbuds untuk rutin harian anda semata-mata, malah ia direka untuk memberi kelainan pada gaya dan fesyennya yang terkini.

Realme Buds Air 2 juga menawarkan anda dengan dua warna unik dan bergaya iaitu Closer Black dan Closer White.

Warna Closer Black menjalani proses matte yang menghalang cap jari dan noda sementara proses penyaduran pada batang earbud menghasilkan kedalaman biru di dalam hitam untuk kesan gloss tinggi, manakala Closer White hadir dalam reka bentuk kecerahan tinggi untuk memasangkan dengan batang earbud perak selesai melalui proses penyaduran elektrik.

Berat satu earbud hanyalah 4.1 gram, iaitu lebih ringan daripada sehelai kertas A4.

Sebagai tambahan, tiga ukuran tip silikon iaitu S, M dan L turut ditawarkan kepada pengguna supaya mereka dapat memilih earbud yang berukuran tepat berdasarkan saluran telinga untuk penggunaan yang selesa sepanjang hari.

Realme Buds Air 2 juga menyokong ketahanan air IPX5 kecuali kotak pengecasannya sesuai untuk penggunaan harian yang kompleks.

Bagi peminat jenama realme, anda boleh memiliki realme buds air 2 ini dengan serendah harga RM199 sahaja dimana jualan pertama secara offline di stor rasmi realme dan pengedar sah realme seluruh negara akan dilakukan pada 3 April ini.

Manakala, bagi jualan online di Lazada pula akan bermula pada 8 april ini jam 12 pagi atau anda boleh ke laman http://bit.ly/budsair2pr untuk sebarang pembelian.

Untuk ketahui lebih lanjut boleh ikuti laman rasmi Facebook page dan Instagram @realmemalaysia.

Anda boleh memiliki realme buds air 2 serendah harga RM199 dengan dua pilihan warna yang menarik iaitu Closer Black dan Closer White.- MalaysiaGazette