PDRM police Nilai stepfather drugs boy Tanjung Sepat Selangor Exco Raya celebration
Gambar hiasan.

JOHOR BAHRU – Mayat seorang lelaki berusia 20-an ditemui dalam keadaan mengerikan dengan kesan kelar pada leher dan tikaman pada badan di sebuah rumah di Kampung Desa Makmur, Majidee di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) , Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, mangsa ditemui di sebuah rumah setinggan tidak bernombor di hadapan kediamannya.

Hasil siasatan, polis turut menjumpai pisau pemotong kertas dan serpihan mata pisau di tempat kejadian.

Berikutan itu, katanya, isteri lelaki berkenaan yang berusia 30-an ditahan bagi membantu siasatan.

“Polis menerima laporan kes berkenaan pada jam 8.25 pagi hari ini. Isteri lelaki berkenaan ditahan bagi mengetahui punca serta motif kejadian,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta menghubungi talian 07-2182323. – MalaysiaGazette