Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Operasi kaunter perkhidmatan pelanggan di Pejabat KWSP Kangar, Perlis dibuka hari ini mulai jam 9.30 pagi hingga 3 petang pada setiap hari bekerja.

Perkhidmatan kaunter pelanggan KWSP Kangar ini disambung semula setelah ditutup sementara sejak 19 April 2021 untuk proses disinfeksi dan sanitasi berikutan seorang kakitangan cawangan ini didapati positif Covid-19.

Atas komitmen tinggi KWSP untuk memastikan kelangsungan perkhidmatan ini dapat diberikan kepada ahli-ahli di negeri Perlis, anggota-anggota dari cawangan lain telah digerakkan ke KWSP Kangar bagi tujuan pembukaan semula kaunter perkhidmatan tersebut.

KWSP akan terus melaksanakan pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes Covid-19 di seluruh negara dan mengamalkan penjarakan fizikal serta prosedur operasi standard (SOP) pencegahan yang lain untuk membendung penularan wabak Covid-19. – MalaysiaGazette