Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengadakan lawatan rasmi ke Indonesia selama dua hari bermula esok, bagi memenuhi undangan Presiden Indonesia Joko Widodo (Jokowi).

KUALA LUMPUR – Putrajaya hari ini menzahirkan rasa sedih atas tragedi yang menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 di Indonesia.

Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Malaysia bersedia untuk menghulurkan bantuan kepada jirannya itu sekiranya diperlukan.

“Saya mewakili kerajaan dan seluruh rakyat Malaysia merakamkan ucapan takziah kepada Presiden Joko Widodo kerajaan dan rakyat di Republik Indonesia susulan tragedi yang menimpa menimpa kapal selam KRI Nanggala 402 pada 22 April 2021.

“Kami turut berdukacita atas tragedi yang mengejutkan dan amat menyayat hati ini.

“Malaysia sentiasa bersedia untuk terus menghulurkan bantuan wajah yang diperlukan kepada Republik Indonesia dalam menghadapi waktu genting ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Muhyiddin berharap agar Presiden Joko Widodo dan seluruh rakyat negara itu bersabar serta tabah menghadapi ujian pada bulan Ramadan ini.

“Semoga Allah menggunakan kekuatan dan kesabaran kepada ahli keluarga 53 anak kapal kapal KRI Nanggala 402 dalam menempuh dugaan ini,” kata Muhyiddin.

Muhyiddin berkata demikian mengulas mengenai KRI Nanggala 402 yang dilaporkan terputus hubungan pada 4.25 pagi Rabu lepas ketika dalam misi latihan penembakan torpedo di utara perairan Bali.

Kapal selam itu turut disertai 21 kapal Angkatan Laut Tentera Nasional Indonesia (TNI), lima pesawat tempur dan satu kapal selam lain.

Selain Muhyiddin, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah turut menzahikan rasa dukacita dengan insiden berkenaan.

Baginda amat berdukacita dan menzahirkan ucapan takziah kepada Jokowi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast