KUALA LUMPUR – Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Mohamed Azmin Ali mencuci lantai Masjidil Haram di Mekah semalam.
“Hari ini (semalam) hujan rahmat turun dengan lebat. Syukur dapat menyumbang sedikit khidmat dan tenaga untuk bersama petugas Masjidilharam tatkala hujan lebat yang turun selepas Zohor sehingga selesai Asar,” katanya dalam hantaran di media sosialnya.
Gambar itu mendapat perhatian ramai termasuk dalam kalangan penduduk Mekah dan mengambarkan pemimpin politik Malaysia sanggup berbuat demikian membantu para petugas membersihkan Masjidil Haram yang dilanda hujan dan banjir kilat dua hari lalu.
Bagaimanapun gambar Ahli Parlimen Gombak itu juga membawa kepada beberapa kritikan sinis rakyat Malaysia.- MalaysiaGazette