Israel terus menceroboh penempatan-penempatan yang menjadi kediaman penduduk Palestin. foto Reuters

SATU usaha bersepadu perlu diambil oleh masyarakat antarabangsa bagi menghalau Israel dari Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB). Ini susulan penindasan dan kekejaman berterusan yang mereka lakukan terhadap penduduk Palestin semenjak negara Israel tertubuh lebih 70 tahun yang lalu dan yang terbaru keganasan yang dilakukan oleh tentera dan rakyat Israel terhadap umat Islam Palestin di perkarangan Masjid al-Aqsa di bandaraya Baitulmaqdis Timur ketika umat Islam sedang sibuk menjalani ibadah dibulan Ramadan al-Mubarak.

Tindakan terbaharu Israel terhadap rakyat Palestin ini jelas menunjukan mereka tidak menghormati sensitiviti umat Islam diserata dunia dan hak rakyat Palestin sendiri. Buat sekian lama, rakyat Palestin tidak pernah mengecapi kedamaian sejak penubuhan negara Israel pada tahun 1948 dan rampasan tanah milik rakyat Palestin di Tebing Barat dan di Semenanjung Gaza oleh Israel selepas tamatnya Perang Enam Hari pada tahun 1967. Hak rakyat Palestin juga sering dinafikan sehingga ramai rakyat Palestin terpaksa hidup merempat serta menjadi pelarian di negara-negara lain.

Sudah terlalu lama rakyat Palestin menjadi mangsa penindasan dan kekejaman oleh pihak tentera Israel. Penindasan dan kekejaman yang dilakukan terhadap penduduk Israel bukan hanya dilakukan oleh kalangan tentera Israel malah turut disertai oleh beberapa persatuan dan individu Israel sendiri yang tidak suka kan kehadiran rakyat Palestin di Tebing Barat serta di Semenanjung Gaza.

Oleh itu, sudah sampai masanya, satu tindakkan tegas diusahakan dan dilancarkan oleh masyarakat antarabangsa bagi menghukum Israel kerana kegagalan mereka untuk hidup dalam sebuah masyarakat yang bertamadun serta yang berpandukan undang-undang antarabangsa yang mengutamakan hak asasi setiap manusia.

Antara langkah paling drastik yang boleh dipertimbangkan untuk diambil oleh masyarakat antarabngasa ialah dengan menghalau Israel terus dari PBB itu sendiri. PBB merupakan sebuah pertubuhan antarabangsa yang paling penting pada zaman ini.Penyingkiran Israel dari PBB dapat memberi satu isyarat yang jelas kepada Israel supaya tidak meneruskan segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin.

Israel perlu diingatkan bahawa penubuhan negaranya sendiri pada tahun 1948 yang lalubanyak terhutang budi kepada PBB. Pada tahun 1947, PBBtelah memutuskan untuk membahagikan daerah mandat British, Palestin. Keputusan terbabit telah ditentang keras oleh negara-negara Timur Tengah dan banyak negara Islam diserata dunia. Semenjak penubuhan negara Israel, pelbagai masalah telah ditimbul oleh Israel terutamanya terhadap rakyat Palestin yang juga jelas bertentangan dengan tujuan dan matlamat asal penubuhan PBB itu sendiri.

Di antara matlamat utama penubuhan PBB, sebagaimana yang ditetapkan dalam Perkara 1 Piagam PBB 1945 (United Nations Charter 1945) adalah untuk mengelakkan perulangan peperangan, konflik, serta pertikaian yang hebat antara negara-negara, menegakkan prinsip hak asasi manusia, menjamin rasa hormat terhadap undang-undang antarabangsa, serta memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

Semua matlamat yang dinyatakan jelas tidak dipatuhi oleh Israel semenjak penubuhan negara mereka lebih 70 tahun yang lalu. Oleh yang demikian, sewajarnya Israel di halau atau di singkir terus dari PBB. Langkah penyingkiran Israel ini juga selaras dengan peruntukkan peraturan yang terdapat didalam Piagam PBB sendiri. Perkara 6 Piagam PBB 1945 menyatakan dengan jelas bahawa “Ahli Bangsa-Bangsa Bersatu yang telahberterusan melanggar Prinsip yang terkandung dalam Piagam ini boleh dibuang daripada Pertubuhan Melalui Perhimpunan Agung atas syor Majlis Keselamatan”.

Bagi menjayakan cadangan berkenaan, masyarakat antarabangsa perlu mengetepikan segala perbezaan kecil yang mereka ada dan bekerjasama serta bersatu seperti yang telah ditunjukkan oleh mereka beberapa tahun yang lalu melalui resolusi Majlis Keselamatan, PBB 2334 pada bulan Disember 2016 yang berjaya dengan sebulat suara mengutuk kekejaman dan penindasan berterusan Israel terhadap rakyat Palestin. Usaha penyingkiran Israel kini dilihat mudah untuk dilakukan dibawah pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden yang dilihat bersimpati dengan nasib malang yang dihadapi oleh rakyat Palestin.

Sokongan dari Amerika Syarikat terhadap cadangan ini dilihat penting kerana buat sekian lama, Amerika Syarikat dilihat menjadi sekutu utama Israel. Dengan adanya usaha penyingkiran Israel dari PBB, seluruh negara dunia dapat memberi pengajaran kepada Israel serta memaksa mereka untuk mengubah perangai buruk mereka selama ini terhadap rakyat Palestin.

Sama ada langkah atau usaha yang ingin diambil ini berjaya ataupun tidak, langkah atau usaha yang ingin diambil ini sekurang- kurangnya dapat memberi isyarat jelas kepada Israel bahawa masyarakat antarabangsa tidak akan hanya duduk diam terhadap segala penindasan dan kekejaman yang dilakukan oleh mereka terhadap rakyat Palestin serta pada masa yang sama tindakkan yang diambil ini dapat memberi sokongan moral kepada rakyat Palestin dalam perjuangan merekauntuk bebas dari sepenuhnya dari penindasan, kekejaman dan penjajahan Israel.

Oleh: Dr. Muzaffar Syah Mallow,
Professor Madya, Fakulti Syariah & Undang- Undang (FSU),
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. Syabas Palestine enggan tendang keluar Baitulmaqdis dari Palestine untuk bangsa Yahudi dari Israel berbanding Malaysia tendang keluar Singapore dari Malaysia untuk bangsa-bangsa asing dari Tanah Besar China dan India. Syabas Azeris ambil balik Nagorno-Karabah selepas sekian lama PBB tak boleh diharap. Tengok negara kecil DR ratifikasi ICERD tetapi sila Google: Dominican Republic stripped citizens

Comments are closed.