Joe Biden. foto Agensi

WASHINGTON – Pendapatan Presiden Amerika Syarikat dan isterinya dilaporkan menurun kepada AS$607,336 pada tahun lalu berbanding AS$985,223 pada tahun 2019.

Jumlah pendapatan itu diperoleh daripada jualan buku-buku dan ucapan, menuurt laporan cukai.

Pasangan itu membayar cukai pendapatan persekutuan sebanyak AS$ 157,414 dan kadar cukai pendapatan persekutuan 2020 yang efektif adalah 25.9 peratus, kata White House dalam satu kenyataan.

Mereka juga melaporkan memegang wang tunai dan pelaburan antara AS$ 1.2 juta hingga AS$ 2.88 juta dalam pendedahan kewangan yang dikemukakan kepada Pejabat Etika Kerajaan.

Pengisytiharan cukai itu adalah amalan biasa oleh Presiden-Presiden Amerika Syarikat kecuali Donald Trump yang enggan berbuat demikian selepas berkali-kali mendakwa tidak dapat melakukannya kerana sedang diaudit oleh Internal Revenue Service, walaupun agensi itu mendakwa Trump bebas untuk melakukannya.

White House juga mengeluarkan penyata cukai 2020 Naib Presiden Kamala Harris dan pasangannya, Doug Emhoff.

Mereka melaporkan gabungan pendapatan AS$1.695.225, sebahagian besarnya daripada Emhoff yang bekerja di firma guaman. Mereka membayar cukai pendapatan persekutuan sebanyak AS $ 621,893 pada kadar 36.7 peratus. – MalaysiaGazette