Vietnam telah mengesan strain hibrid baharu COVID-19 dari varian yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India,

HANOI – Vietnam telah mengesan strain hibrid baharu COVID-19 dari varian yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India, menurut Agensi Berita Xinhua memetik media tempatan VnExpress pada Sabtu.

Menurut Menteri Kesihatan Nguyen Thanh Long, strain hibrid itu merebak lebih cepat di udara dan pihaknya akan mengumumkan strain baharu itu di peta gen dunia.

Buat masa ini dua strain mutasi yang pertama kali dikenal pasti di Britain dan India merupakan varian paling biasa dikesan membabitkan kes baharu COVID-19 ketika Vietnam menghadapi gelombang jangkitan.- BERNAMA

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast