Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Laporan pelanggaran had peratusan kehadiran pekerja adalah aduan  tertinggi diterima oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) sejak 6 hingga 18 Jun 2021.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, laporan itu merupakan antara 382 aduan diterima oleh MKN yang  memerlukan tindakan penguatkuasaan daripada pelbagai kementerian dan agensi kerajaan.

Katanya, sebanyak 98 aduan berkaitan had kehadiran pekerja.

Manakala laporan sektor tidak penting merekodkan 77 aduan manakala 60 aduan lagi adalah kategori ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) am.

Menurutnya, orang ramai boleh menyalurkan aduan terus kepada Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia (MyGCC) menerusi talian 03-80008000, atau e-mel kepada [email protected].

Dalam perkembangan lain, Ismail Sabri berkata, semalam polis menahan 759 individu atas kesalahan ingkar SOP, yang mana 711 daripadanya dikompaun manakala, 48 lagi direman. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast