Pekerja sektor laut dan pelabuhan hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin semasa di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Sektor Pengangkutan (Maritim) Pelabuhan Klang sempena Hari Pelaut Sedunia 2021 ketika di Dewan Serbaguna Kelab Sukan Lembaga Pelabuhan Klang, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 25 JUN 2021.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 7,395,905 dos vaksin COVID-19 telah diberikan kepada penduduk di negara ini sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

Beliau berkata, jumlah itu merangkumi 5,308,849 penerima vaksin dos pertama dan 2,087,056 individu lagi menerima suntikan dos kedua.

“Sebanyak 168,956 suntikan vaksin COVID-19 diberikan semalam, daripada jumlah ini sebanyak 103,856 merupakan dos pertama manakala 65,100 adalah suntikan dos kedua,” katanya dalam hantaran Twitter beliau hari ini.

Beliau berkata, lima negeri yang mencatatkan penerimaan dua dos vaksin tertinggi ialah Selangor dengan 270,221 diikuti Sarawak (227,292), Johor (222,614), Perak (194,724) dan Kuala Lumpur (170,688). – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast