Datuk Amirul Feisal Wan Zahir

KUALA LUMPUR – Datuk Amirul Feisal Wan Zahir dilantik menjadi Pengarah Urusan Khazanah Nasional Berhad yang baharu berkuat kuasa 16 Julai ini.

Khazanah berkata, pelantikan itu bagi menggantikan Datuk Shahril Ridzuan yang akan menumpukan urusan peribadi selepas kontraknya tamat kelak.

Ahli Lembaga Pengarah yakin dengan Amirul Feisal akan menggunakan kepakaran dan pengalamannya untuk memajukan lagi Khanzanah.

Dalam masa yang sama, Khazanah mengucapkan terima kasih kepada Shahril atas jasa dan sumbangannya selama berkhidmat dengan serta kejayaannya mengetuai sayap pelaburan kerajaan itu dalam keadaan yang mencabar akibat penularan Covid-19.

Semalam, Amirul Feisal dilaporkan meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan (GCFO) Malayan Banking Bhd (Maybank).

Menurut Maybank, peletakan jawatannya berkuatkuasa 15 Julai depan.

Amirul Feisal, 51, memegang jawatan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan Malayan Banking Bhd (Maybank) sejak 1 Julai 2016.

Beliau menyertai Maybank sebagai Ketua Kumpulan, Perbankan Global pada 2014.-MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

CFO Kumpulan Maybank letak jawatan