Nor Azliayana Izzati Shamsul bertanya sesuatu kepada seorang wanita yang hadir untuk menerima vaksin di PPV USIM.

NILAI – Dalam menjayakan misi negara agar semua rakyat mendapat vaksin dengan kadarvsegera, pelbagai pihak berganding bahu untuk sama-sama memastikan misi ini tercapai.

Tidak dinafikan ‘tulang belakang’ barisan hadapan dalam membantu melancarkan program Pusat Pemberian Vaksin (PPV) ini adalah para sukarelawan dari pelbagai latar belakang.

Tidak menghiraukan risiko, dan kepenatan seharian bertugas di PPV ini, mereka kekal
memberikan senyuman dan sebagai ‘pemudah cara’ kepada para penerima vaksin ini.

Seramai 80 sukarelawan dari USIM, 35 sukarelawan dari MyVac, 40 sukarelawan dari
Jawatankuasa Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dan 35 sukarelawan dari
Angkatan Pertahanan Malaysia (APM) dan RELA yang bertugas di PPV IPT Mega USIM ini.

Seronok menimba pengalaman baru dan dapat menyumbang tenaga kepada negara, ujar
Nor Azliayana Izzati Shamsul, 23, salah seorang sukarelawan MyVac bertugas di Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) IPT Mega USIM.

Azliayana berkata, disebabkan program Tourism Management tiada latihan industri untuk
semester akhir, beliau membuat keputusan untuk menyertai sukarelawan PPV ini sejak
bulan Mei lalu di Majlis Bandaraya Seremban.

Namun, disebabkan USIM telah buka PPV, beliau berada di ini kerana PPV berdekatan dengan rumahnya.

Beliau yang gembira menjadi sukarelawan di sini kerana pengurusan sukarelawan ini juga
merupakan salah satu subjek yang dipelajari ketika pengajian di UMS.

Ismail Kassim,35, pula berkata, beliau sertai sukarelawan PPV dengan mendaftar di Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan.

“Pada awal tahun lalu saya menghantar ibu ke PPV Seremban dan melihat sendiri proses
PPV ketika itu di mana para jururawat seperti tidak cukup kakitangan untuk mengawal
pendaftaran dalam masa yang sama bertugas di bilik suntikan.

“Dari situ saya terdetik untuk menyertai sukarelawan PPV ini kerana sumbangan tenaga yang mampu dilakukan ketika ini, lebih-lebih lagi aktiviti penerbangan yang kurang ketika pandemik ini melanda”, ujar Ismailyang merupakan salah seorang staf syarikat penerbangan.

Begitu juga bagi Kumala Dewie, 40, yang bertugas di salah sebuah syarikat penerbangan
turut serta menyumbangkan tenaga melancarkan proses PPV USIM.

Dengan pengalaman berurusan dengan orang ketika bertugas sebelum ini, kerja
sukarelawan ini diharapkan dapat membantu para penerima vaksin mengambil suntikan
dengan cepat tanpa perlu menunggu lama.

Dalam pada itu, sejak hari pertama PPV IPT Mega USIM ini beroperasi, banyak pihak daripada Badan-badan Bukan Kerajaan (NGO), Exco-exco Kerajaan Negeri tampil menghulurkan sumbangan berupa makanan, minuman dan pelitup muka kepada para sukarelawan ini. – MalaysiaGazette