Suasana lengang tanpa kenderaan membawa kenderaan-kenderaan pemimpin parti selepas menghadiri mesyuarat khas Perikatan Nasional yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Perdana Putra, Putrajaya. Foto HAZROL ZAINAL, 11 OGOS 2021.

PUTRAJAYA – Mesyuarat khas yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bermula jam 5 petang tadi berakhir dua jam selepas itu.

Kenderaan yang membawa ketua-ketua parti di bawah komponen Perikatan Nasional (PN) dilihat keluar melalui pintu protokol Perdana Putra.

Antara kenderaan yang dilihat membawa Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong; Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Hamzah Zainudin keluar pada jam 7.05 petang.

Turut meninggalkan bangunan Perdana Putra Ketua Menteri Sarawak yang juga Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Difahamkan Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai juga turut hadir dalam mesyuarat khas itu.

Muhyiddin hari ini mempengerusikan mesyuarat khas itu dipercayai bagi memeterai konsensus untuk mengekalkan sokongan terhadapnya sebagai perdana menteri yang juga Pengerusi PN. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast