Nor Shamsiah Mohd Yunus

KUALA LUMPUR – Ekonomi Malaysia diunjur berkembang antara 3.0 peratus hingga 4.0 peratus bagi tahun ini, lebih rendah berbanding unjuran awal 6.0 hingga 7.5 peratus.

Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata, penilaian ini akan bergantung kepada pengurusan pandemik Covid-19.

Selain itu, kepantasan ekonomi boleh dibuka semula turut diambil kira, selain mengandaikan semua negeri akan beralih ke Fasa 4 pada bulan November ini.

“Kita membuat semakan semula ini dengan mengambil kira langkah-langkah menangani penularan pandemik Covid-19 dan pelaksanan Pelan Pemulihan Negara (PPN),” katanya pada taklimat media semalam.

Namun, beliau optimis, Malaysia mampu merekodkan pertumbuhan yang tinggi jika kadar vaksinasi pantas dan berterusan.

“Dengan ini penggunaan kadar penggunaan unit rawatan rapi dan hopital dapat dikawal, sekali gus memberi laluan untuk beralih ke fasa akhir PPN,” ujarnya. – MalaysiaGazette