Asyraf Wajdi Dusuki

KUALA LUMPUR – Kenyataan Perdana Menteri yang mendakwa tiada seorang ahli Parlimen lain boleh membuktikan dia mendapat sokongan majoriti jelas menyanggah kuasa Yang di-Pertuan Agong (YDPA).

Malah ia juga bertentangan dengan prinsip Perlembagaan, kata Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki.

“Apa pun cadangan untuk membentuk kerajaan yang bersifat inklusif yang melibatkan semua parti-parti politik untuk menangani Covid-19 dan kesejahteraan rakyat amat baik dan wajar disokong cuma bukan lagi diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah hilang keabsahan sebagai PM apabila tiada lagi sebagai PM apabila tiada lagi majoriti sebagaimana yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan di media sosialnya malam ini.

Beliau merujuk kepada kenyataan Muhyiddin yang mencadangkan kerjasama rentas parti bagi mewujudkan kerajaan bipartisan bagi mengelak usaha membasmi pandemik dan kemelut politik dapat dinoktahkan hari ini.

Terdahulu, Asyraf Wajdi mendakwa implikasi dari kenyataan terbuka Muhyiddin itu mewajibkannya meletak jawatan.

Selain itu, berdasarkan Perlembagaan, kuasa melantik PM adalah budi bicara mutlak YDPA dan Seri Paduka juga berhak melantik PM menurut hemat baginda siapa mempunyai sokongan majoriti.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast