KUALA LUMPUR – Usul undi tidak percaya yang hendak dibawa ke Parlimen merupakan satu keperluan mendesak, tegas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau mendakwa, kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin telah jatuh namun, disebabkan keengganannya untuk meletak jawatan sebagai perdana menteri telah menyebabkan pembangkang perlu membawa usul berkenaan ke Parlimen.
Katanya, usul yang hendak dibangkitkan itu bukanlah kerana beliau mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Muhyiddin sebaliknya ia berkait dengan pihak-pihak yang bersekongkol dengan Ahli Parlimen Pagoh itu.
“Bukan soal harapan soal keperluan…kalau perdana menteri telah jatuh dia tak nak letak jawatan mesti bawa usul undi tidak percaya.
“Ini sistem apa…saya bukan soal dia secara peribadi tapi juga yang bersekongkol dengan dia…dan ini bukan saja soal Perlembagaan tapi institusi raja. Kita rakyat Malaysia yang ada rukun negara dan sebagainya bicara soal itu.
“Bila raja mengambil keputusan berdasarkan keluhuran Perlembagaan dan undang-undang bagaimana seorang perdana menteri langgar ini semua hanya nak pertahankan kuasa…yang lebih parah bila ada konco-konconya yang sanggup menggadai prinsisp menghina institusi raja-raja semata-mata nak pertahankan kuasa,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Program Penyerahan Bakul Makanan dan Ayam Segar di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Port Dickson, hari ini.
Dalam pada itu Anwar berkata, siapa pun yang memimpin negara harus mengambil kira suasana politik yang berlaku hari ini.
Katanya, kerjasama daripada semua pihak sangat diperlukan supaya kerajaan berada dalam keadaan yang stabil dengan dasar yang jelas tidak seperti mana berlaku ketika ini
“Tapi sekarang ini sudah menjadi sejarah kerana terbukti Tan Sri Muhyidin hilang majoriti dan kalau dia faham Perlembagaan, faham demokrasi dan taat kepada institusi raja khususnya Yang di-Pertuan Agong, dia harus meletakkan jawatan,” ujarnya. – MalaysiaGazette
BILA TAIKUN NOMBOR2 EKOR BERBICARA….hari ini nak jadi HERO TAMIL pertahan YDPA…tetapi Mencabar Ordinan Darurat yang diisytihar YDPA di mahkamah
ciri-ciri MUNAFIKUN masih terserlah lagi.
PAS TELAH DAN PERNAH DIFITNAH TERIMA RM 90 JUTA DARI UMNO MENJELANG PRU 14 OLEH PAKATAN HANCING P UNAH HaraPAN hingga wujud parti amNANAH
ANWARFIKUN FITNAH CEK RM1,4 JUTA PAS TERIMA
MUTAKHIR RM 30JUTA MP DILELONG GADAI….NAK PERCAYA MACAM FITNAHHH LAGI
MAHKAMAH MASYAR MENANTI DAN TIDAK MENIPU KITA AZAB ALLAH AMAT PEDIHHHH
JIKA ADA SESIAPA PENGGANTI PM 8 ….BOLEH BAGI JAMINAN COVID 19 YANG MELANDA SELURUH DUNIA….DI NEGARA INI BOLEH SELESAI PETIK JARI DAN SEBELAH MATA…tempoh 100 HARI
BUAT INGATAN JANJI 100 HARI pun TERKENCING2 NAK TUNAIKAN SEHINGGA 22 BULAN??????