resigns Tan Sri Muhyiddin Yassin announces his resignation as the Prime Minister on a live broadcast. PIX: MalaysiaGazette / 16 August 2021 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perutusan Khas berkenaan perletakan jawatan beliau di Putrajaya. Foto MALAYSIA GAZETTE, 16 OGOS 2021. Covid-19 vaccination programme
Tan Sri Muhyiddin Yassin announces his resignation as the Prime Minister on a live broadcast. PIX: MalaysiaGazette / 16 August 2021 Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyampaikan ucapan pada Perutusan Khas berkenaan perletakan jawatan beliau di Putrajaya. Foto MALAYSIA GAZETTE, 16 OGOS 2021.

KUALA LUMPUR – Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta seluruh rakyat di negara ini kekal bertenang berikutan peletakan jawatannya dan barisan Kabinet Perikatan Nasional (PN) berkuatkuasa serta-merta hari ini.

Beliau berkata, mudah-mudahan Yang di-Pertuan Agong diberikan rahmat kebijaksanaan untuk memilih perdana menteri yang baharu menurut kehendak Perlembagaan Persekutuan.

”Marilah kita bersama-sama mendoakan agar Allah S.W.T. sentiasa memelihara keselamatan dan keamanan negara kita dan mengekalkan perpaduan seluruh rakyat,” katanya dalam perutusan khas selepas melepaskan jawatannya hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau telah mengadap Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara pada jam 12.30 tengahari tadi.

”Dalam sesi menghadap tersebut, saya telah menyerahkan warkah peletakan jawatan saya sebagai Perdana Menteri dan seluruh Jemaah Menteri di bawah Perkara 43(4) Perlembagaan Persekutuan disebabkan saya telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

”Ini bermakna saya dan seluruh ahli Jemaah Menteri telah meletakkan jawatan,” ujarnya.

Muhyiddin berkata, meskipun menerima rayuan ikhlas dari jutaan rakyat Malaysia agar beliau meneruskan tugas dan tidak meletakkan jawatan telah didengarinya namun rayuan itu tidak dapat disambut.

Ini kerana, katanya, beliau telah kehilangan kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat.

Jadi, katanya, tindakan beliau itu selaras dengan sumpah jawatan saya untuk sentiasa menjunjung, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan. – MalaysiaGazette